Home All Isu Semasa Jumpa ‘Duit Balut’ Dalam Tabung Masjid Ketika Bantu Bapa Kira Sumbangan. Ini...

Jumpa ‘Duit Balut’ Dalam Tabung Masjid Ketika Bantu Bapa Kira Sumbangan. Ini Respon Netizen!

12502
1
tabung masjid

Jumpa ‘Duit Balut’ Dalam Tabung Masjid Ketika Bantu Bapa Kira Sumbangan. Ini Respon Netizen! | “TANGAN kanan memberi, jangan sampai tangan kiri tahu.” Ia bermaksud sesuatu perbuatan atau amalan yang dilakukan tidak ditunjukkan kepada orang lain untuk mengelakkan daripada timbulnya rasa riyak.

Ungkapan tersebut sesuai untuk menggambarkan situasi yang dikongsi oleh seorang pengguna di laman sosial Facebook.

Menerusi perkongsian itu, pengguna tersebut memuatnaik sekeping gambar yang menunjukkan longgokan kepingan wang kertas sumbangan orang ramai yang dikeluarkan dari tabung masjid untuk dikira.

Menurut pengguna itu, dia menolong bapanya mengira duit tabung masjid hasil sedekah para jemaah, sebelum terjumpa sesuatu yang tidak disangka.

DUIT BALUT DALAM SUMBANGAN TABUNG MASJID

Posting yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook mengenai wang yang disumbangkan ke dalam tabung masjid oleh seorang jemaah ‘misteri’.

“Selepas Solat Jumaat tadi, aku tolong abah kira duit tabung jumaat masjid. Sedang mengira-ngira itu, aku terjumpa duit RM10 digulung dalam duit RM1. Aku kata pada abah, ada juga yang balut macam ni kan bah?.

“Abah kata, memang tiap-tiap minggu selalu ada dia ni… RM11, dengan duit RM10 mesti dia gulung dengan duit RM1… jadi duit RM1 saja yang nampak.

“Aku terfikir, mungkin penderma ni cuba elak agar dirinya tidak menjadi atau berasa riyak,” tulis pengguna tersebut.

tabung masjid

Perkongsian pengguna tersebut mendapat reaksi yang positif daripada netizen, dengan rata-ratanya memuji pendekatan jemaah berkenaan yang disifatkan tidak mahu menunjuk-nunjuk.

Komen netizen yang rata-ratanya memuji cara jemaah ‘misteri’ menderma yang dianggap enggan menunjuk-nunjuk.

tabung masjid

Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi pengalaman berdepan dengan situasi yang sama.

“Pernah hamba Allah gulung duit RM100 sekeping kecil-kecil waktu sedekah. Mujur tak terkoyak duit tu,” tulis seorang pelayar.

Bagaimanapun, ada netizen berpendapat, sebanyak mana pun jumlah derma atau sumbangan, ia tetap bergantung dengan niat.

“Derma sikit atau banyak sama banyak ja pahala. Kau derma RM100, aku derma 10 sen sama ja. Yang penting niat kena betul ikhlas ketika bagi sumbangan tabung masjid. Kalau ada duit berjuta-juta pun dah nak derma RM1 dengan seikhlas hati tetap dapat sama besar pahala dengan yang derma RM100,” komen seorang pelayar pula.

Jumpa ‘Duit Balut’ Dalam Tabung Masjid Ketika Bantu Bapa Kira Sumbangan. Ini Respon Netizen! 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here