Home All Isu Semasa Jual Perabot Terpakai Secara Part Time, Mahasiswi Jana Pendapatan RM100k Sebulan

Jual Perabot Terpakai Secara Part Time, Mahasiswi Jana Pendapatan RM100k Sebulan

1395
1
Jual Perabot Terpakai Secara Part Time, Mahasiswi Jana Pendapatan RM100k Sebulan

Jual Perabot Terpakai Secara Part Time, Mahasiswi Jana Pendapatan RM100,000 Sebulan | Bukan nak suruh korang tidak perlu fokus pada pelajaran, tapi sebenarnya jika betul-betul rajin dan berusaha, kejayaan pasti akan menyebelahi mereka. InsyaAllah!

Tak kira pelajar di universiti awam atau swasta, kalau korang bijak menggunakan masa lapang dengan melakukan pelbagai pekerjaan secara sambilan pasti tiada istilah ‘poket kering’.

Tambahan pula, hanya kuliah dalam talian sahaja sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), menyebabkan pelajar boleh mengambil peluang dengan masa yang ada diisi dengan kerja sambilan.

BACA: Gagal Dapat Offer IPTA? Jangan Masuk Universiti Swasta Kalau Family Tak Kaya

Viral baru-baru ini apabila mahasisiwi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, berjaya raih RM100,000 sebulan dengan jual perabot terpakai. 

Hanya bermodalkan RM1,500 Arliya Munif memulakan perniagaan sejak 2017 kini mampu mencipta jualan mencecah ratusan ribu sebulan.

Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.Begitulah peribahasa yang boleh disamakan dengan mahasiswi ini.

Usahawan muda ini menuntut dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan Keusahawanan memulakan perniagaan dengan membuka kedai di Jeniang, Kedah.

jual perabot terpakaiMenurut Arliya, idea membuat perniagaan perabot ini tercetus apabila melihat perabot lama yang masih elok dibuang oleh pemiliknya disebabkan oleh kerosakan kecil.

“Idea menjual perabot terpakai bermula apabila melihat perabot lama yang masih elok dibuang sehingga mengakibatkan pencemaran.

“Kadang-kadang perabot dibuang ini masih elok. Hanya perlu baiki sedikit sahaja dan ia nampak baharu semula malah ada yang kelihatan mewah,” kata pemilik kedai Perabot Terpakai Berkualiti Kedah kepada Sinar Harian.

Jualan perabot terpakai mendapat sambutan terutama kepada golongan B40 untuk melengkapi keperluan rumah mereka. Antara perabot yang dijual di kedai berkenaan ialah meja makan dan almari.

jual perabot terpakaiBeliau yang pada ketika itu sedang mengikuti pengajian diploma tidak menyangka bisnes jual perabot terpakai diusahakan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Pembukaan kedai di Taman Lembah Bujang Saujana, Merbok didorong oleh jualan yang tinggi selepas beliau dapat jual perabot terpakai yang diambil dari Singapura.

Seiring dengan perkembangan perniagaan yang diusahakan itu, Arliya telah mempelbagaikan produk terpakai dijualnya seperti sofa, permaidani, tilam, peti ais dan televisyen.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Cari kelebihan yang ada pada diri sendiri dan jangan pernah bandingkan kemampuan korang dengan orang lain. Paling penting, rajin dan selalu berusaha. Betul tak?

Sumber: Sinar Harian

Jual Perabot Terpakai Secara Part Time, Mahasiswi Jana Pendapatan RM100k Sebulan 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here