Syarikat kurier J&T Express dilaporkan netizen tidak lagi membuat penghantaran bungkusan atau parcel ke beberapa kawasan dalam negara ketika ini.
Perkara itu didedahkan melalui satu ciapan yang dibuat pengguna Twitter sejak semalam serta komen-komen yang ditinggalkan di kiriman Facebook milik J&T Express – Malaysia.
J&T dah tak hantar parcel (bungkusan) ke poskod ini,” tulis @adilafarhanaali di laman Twitter beliau.
Ciapan itu kemudiannya menarik perhatian ramai dan sehingga artikel ini ditulis sudah pun mencecah sehingga 15 ribu retweet.
J&T dah tak hantar parcel ke poskod ni 😱 pic.twitter.com/38zIflEu8i
— Adila Anak Buah MakCik Kiah #StayAtHome (@adilafarhanaali) April 4, 2020
Beliau turut mengepilkan dua keping gambar tertulis senarai kawasan yang didakwanya akan dihentikan perkhidmatan penghantaran bungkusan oleh syarikat pengendali kurier terbabit.
Ciapan itu turut disokong oleh kiriman seorang lagi pengguna Twitter yang mengesahkan dakwaannya mengenai tiada lagi kiriman yang dibuat syarikat kurier itu ke kawasan yang tersenarai.
Maklumat tersebut katanya diperoleh daripada salah seorang rakannya yang mendapat ‘maklumat’ tiada lagi penghantaran akan dibuat ke kawasan tersenarai.
Update: member ckp baru dpt info dah x hantar. makanya mmg tak masuk dah la deliver barang kita dkt poskod tu semua. Huhuhu.
— Glass House 🍸 (@aaisyxxh) April 4, 2020
J&T Express Masih beroperasi walaupun banyak Penghantaran
Semakan kami di laman Facebook J&T Express – Malaysia untuk mencari sebarang kenyataan rasmi daripada pihak syarikat mengenai dakwaan tersebut bagaimanapun tidak membuahkan hasil.
Bagaimanapun, apa yang ditemui pihak kami hanyalah beberapa komen daripada netizen mengenai perkara itu yang tidak dijawab pihak syarikat serta senarai panjang aduan yang dibuat oleh pengguna mengenai kelewatan penghantaran parcel.
Walaupun tiada makluman khusus berkenaan perkara itu, J&T Express dalam kiriman terakhir mereka kira-kira 16 jam yang lalu bagaimanapun menjelaskan operasi mereka masih berjalan seperti biasa.
“Tidak kira berapa banyak bungkusan yang ada di tangan kami. Sudah menjadi tangungjawab kami untuk menghantar pesanan anda.
“Kami adalah J & T Express! Terima kasih dispatcher, anda terbaik untuk kami. 👍 💪,” tulis mereka dalam satu kiriman pada semalam.
Malah, pihak mereka sebelum ini juga sudah membuat makluman awal mengenai perkara itu sejurus selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama oleh Perdana Menteri pada bulan lalu.
Jika melihat kepada kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan pihak syarikat, para pengguna tidak seharusnya risau dengan bungkusan mereka yang dikendalikan pihak J&T Express, tetapi adalah lebih baik sekiranya mereka tampil menjawab dakwaan-dakwaaan netizen mengenai perkara ini.

[…] J&T Express, Pos Malaysia Turut Henti Hantar ‘Parcel’ Ke Beberapa Negeri? | Tidak dapat dinafikan bahawa […]