Home All Keluarga Jika Isteri Tak Boleh Tegur Suami, Siapa Lagi? Jangan Fikir Ego, Ini...

Jika Isteri Tak Boleh Tegur Suami, Siapa Lagi? Jangan Fikir Ego, Ini Kebahagiaan Bersama

15831
3
Jika Isteri Tak Boleh Tegur Suami, Siapa Lagi Jangan Fikir Ego, Ini Kebahagiaan Bersama

Jika Isteri Tak Boleh Tegur Suami, Siapa Lagi? Jangan Fikir Ego, Ini Kebahagiaan Bersama | Jika isteri tak boleh tegur suami, maka siapa lagi yang boleh? Orang tua kita? Adik beradik kita?

Mereka tidak tinggal sekali dengan kita. Jika mereka tinggal sekali dengan kita pun, mereka tidak tahu perangai sebenar kita sebab kita tak tunjuk apa dan siapa diri kita yang sebenar pada mereka.

Tapi kita tunjuk pada isteri. Kita tinggal dengan isteri, kita tidur sekatil dan sebantal dengan isteri.

tegur suami

BACA: Teguran Untuk Suami Pemalas, Memilih Kerja & Harap Isteri Tanggung Keluarga!

Jadi, Sekiranya Isteri Tegur Suami Itu Mencalarkan Ego Kita Sebagai Suami, Menjatuhkan Kedudukan Kita Sebagai Suami, Maka Siapa Lagi Yang Boleh Tegur Kita?

Sampai bila-bila kita takkan boleh memperbaiki diri, bermuhasabah diri andai kata tiada siapa pun yang boleh menegur diri kita sendiri.

Sentiasa merasakan diri tu betul dan sentiasa merasakan diri itu tidak salah maka, tunggulah saja teguran dari Allah SWT yang mana lebih dahsyat dan lebih besar kesannya daripada teguran dari orang-orang di sekeliling.

Ingatlah bebelan isteri atau peringatan isteri itu bukan ayat yang membosankan. Tapi itu tandanya dia sayang dan nak jaga suaminya dengan baik.

Andai satu hari nanti, tiada lagi ingatan atau pesanan dari orang yang paling dekat, pasti ia akan dirindui.

Buat isteri, anda juga harus sentiasa tahu suami adalah insan yang sentiasa susah senang bersama. Hargailah dia sebaiknya. Jangan selalu samakan kehidupan kita dengan orang lain.

Layarilah rumah tangga ini dengan penuh nilai kasih sayang dan berdoalah agar dipermudahkan urusan untk terus mencapai kebahagiaan dan rumah tangga sentiasa dirahmati Allah.

Sumber: Firdaus Shakirin

Jika Isteri Tak Boleh Tegur Suami, Siapa Lagi? Jangan Fikir Ego, Ini Kebahagiaan Bersama 1

3 COMMENTS

  1. Tegur dan arahan adalah dua perkara yg berbeza..
    begitu juga dgn bahasa teguran dan bahasa perintah/arahan….

    Ya memang isteri bagus tegur suami…. cuma adalah lebih baik menasihati dan duduk berbincang…

    Yg biasa terjadi… tegur dlm nada membebel… lepas tu blah……. muncung dan masam muka berminggu2…

    Ya memang suami ada ego…sebab mereka adalah suami dan ketua keluarga…
    daripada guna istilah tegur… lebih baik guna istilah lebih lembut … iaitu nasihat dan berbincang….

    Ada pula isteri yg kata xboleh ke tegur suami…
    tetapi apabila suami tegur isteri…. ada isteri yg menjawab … dia sendiri pun x betul… nak tegur orang… betulkan diri sendiri dahulu….

    Camana tu….??

  2. mcmana kalo tegur elok2 sambil2 bersantai…xkasar2 tapi kerja tak jalan jugak. ulang banyak kali sampai makan bulan tangguh.. minta tolong kerja rumah sebab mengandung, ikutkan sebelum tu biasa mmg buat sendiri. kesudahannya, diungkit pula dengan alasan dia penat kerja. tapi bila cuti lapang tetap main game layan facebook, banyak masa boleh buat tapi mengelak. cuci kereta berjam boleh. ada 1 hari tu, dia nak cuci kereta lagi sedangkan minggu lepas baru buat. sempat cakap kat dia, cuci ala kadar je bukan kotor..dust sikit biasa la. baik cuci toilet dah kotor sangat, ehh last2 tak buat juga..kereta ala kadar toilet lgsung xjalan. dia nak harapkan bini yang mengandung juga kot..guna hari2 sama2. dapur pun dinding kesan mnyak degil lenguh nk trbongkok sental dinding bawah rak. perut besar berat. itu pon pandang sebelah mata aje. dulu sy buat, dia tak pernah buat..entahlah nak minta tolong cara mcmana lagi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here