Home All Isu Semasa Jersi Edisi Khas Dengan Kaligrafi Tulisan Jawi Dari Juventus

Jersi Edisi Khas Dengan Kaligrafi Tulisan Jawi Dari Juventus

721
0
jawi

Jersi Edisi Khas Dengan Kaligrafi Tulisan Jawi Dari Juventus | Menjelang 2019 Piala Super Italia adidas dan Juventus telah berkerjasama dengan artis kaligrafi Arab-Maghribi, Shaker Kashgari, untuk reka bentuk terbaharu dengan nama yang ditulis dalam tulisan jawi.

Baju yang akan dipakai pada Piala Super Itali 2019 di Riyadh, Arab Saudi tersebut merupakan rekaan pertama yang menampilkan kaligrafi tradisional arab.

Jersi Dengan Tulisan Jawi Satu Penghormatan

Jersi edisi terhad dengan budaya arab ini bertujuan untuk memberi penghormatan kepada seni tradisional masyarakat arab.

Dalam masa yang sama, Juventus juga mahu merayakan perbezaan yang wujud di dalam pasukan mereka – 14 pemain Juventus hadir daripada latar belakang yang berbeza.

Jersi Edisi Khas Dengan Kaligrafi Tulisan Jawi Dari Juventus 1

JUVENTUS FC

Reka bentuk kaligrafi ini hadir dalam bentuk nama setiap pemain yang ditulis di dalam bahasa arab. Bagi setiap nombor pemain pula dimasukkan perkataan ‘Juventus’ di dalamnya.

Peminat Juventus boleh mendapatkan edisi terhad ini pada 20 hingga 31 Disember ini dan hanya boleh didapati di kedai adidas sekitar Riyadh dan Jeddah.

Jersi Edisi Khas Dengan Kaligrafi Tulisan Jawi Dari Juventus 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here