Home All Isu Semasa Jepun Hadapi Gelombang Kedua COVID-19 Gara-Gara Tamatkan Perintah ‘Lockdown’ Terlalu Awal

Jepun Hadapi Gelombang Kedua COVID-19 Gara-Gara Tamatkan Perintah ‘Lockdown’ Terlalu Awal

31544
1
Jepun Hadapi Gelombang Kedua COVID-19 Gara-Gara Tamatkan Perintah ‘Lockdown’ Terlalu Awal

Sebuah wilayah utara Jepun mengalami gelombang kedua jangkitan COVID-19 yang menurut para pakar dapat dielakkan sekiranya keadaan darurat tidak dihapuskan terlalu awal.

Pulau Hokkaido sebelum ini telah disebut sebagai model bagaimana mengendalikan penyebaran virus ini.

Tetapi sekarang Hokkaido kini menjadi kajian kes mengenai kesan yang dapat ditimbulkan oleh wabak ini jika penutupan terlalu cepat.

Menurut pakar, gelombang kedua yang berlaku di Hokkaido itu adalah disebabkan perintah ‘lockdown’ yang ditamatkan terlalu awal.

Bermula dari festival tahunan

Hokkaido telah menamatkan perintah ‘lockdown’ pada 19 Mac yang lalu di mana semua perniagaan dan sekolah kembali dibuka semula. Namun, 26 hari selepas itu pihak berkuasa mengumumkan perintah ‘lockdown’ semula selepas menerima 135 kes baru hanya dalam masa seminggu saja.

Dr. Kiyoshi Nagase, Pengerusi Hokkaido Medical Association memberitahu dia menyesal menamatkan perintah itu lebih awal sebelum ini. Menurutnya, tidak sepatutnya mereka menamatkan perintah ‘lockdown’ lebih awal walaupun yakin dengan penurunan kes sewaktu itu.

Peningkatan kes dikesan selepas Sapporo Snow Festival yang diadakan pada awal bulan lalu. Acara tahunan itu telah menarik lebih 2 juta pengunjung, dengan pihak berkuasa kesihatan tempatan merawat pelancong China dari Wuhan yang telah dijangkiti penyakit itu sebelum tiba di Hokkaido.

Jepun

“Pada masa itu, kami tidak mempunyai cukup maklumat dan kami tidak mempunyai pemahaman yang cukup mengenai penyakit ini,” kata Yoko Tsukamoto, seorang profesor kawalan jangkitan di Universiti Sains Kesihatan Hokkaido, Jepun.

Jika diikutkan pada maklumat yang ada ketika itu, bahawa kes baru turun satu atau dua hari jadi dapat dikatakan bahawa gabenor membuat keputusan yang tepat dengan menamatkan keadaan darurat. Tapi sekarang mereka sedar ianya adalah langkah yang salah untuk dibuat.

BACA: Warga Malaysia Kongsi Sistem Kesihatan Di Jepun Jadi Rumit Dan ‘Selfish’ Kerana COVID-19

Jepun Tidak boleh terburu-buru

Kerajaan Jepun kini bercadang untuk melanjutkan lebih lama lagi tempoh ‘lockdown’ selepas gelombang kedua yang kembali melanda Hokkaido. Buat masa sekarang ini, tempoh tersebut dilanjutkan sehingga 6 Mei ini dan berkemungkinan boleh berpanjangan lebih lama.

Perintah darurat ini akan dihapuskan juga akhirnya, tetapi pelajarannya di sini adalah untuk menunggu selama mungkin, untuk mendapatkan data yang tepat mengenai nombor jangkitan dan sangat berhati-hati ketika peraturan dilonggarkan.

Mengulas kembali mengenai Sapporo Snow Festival yang menjadi punca gelombang kedua, festival tersebut diadakan di kawasan luar tetapi mereka terlepas pandang beberapa aspek.

Jepun

Pengunjung bukan ke sana semata-mata untuk melihat patung ais malah mereka bergerak ke restoran, hotel, menaiki pengangkutan awam yang membawa kepada pengumpulan beramai-ramai.

Pihak penganjur juga mengabaikan faktor kemasukan pelancong dari China yang turut menghadiri festival tersebut. Dalam masa empat hari sahaja festival itu dibuka, beberapa pekerja festival menunjukkan simptom jangkitan dan dirawat di hospital. Pakar turut menasihatkan bandar lain untuk belajar daripada kesilapan yang berlaku di Hokkaido ini.

Sumber

Baca Selanjutnya
Jepun Hadapi Gelombang Kedua COVID-19 Gara-Gara Tamatkan Perintah ‘Lockdown’ Terlalu Awal 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here