Home All Isu Semasa Menteri Jemput Orang Ramai Kembali Ke Masjid, Kehadiran Kurang Memberangsangkan!

Menteri Jemput Orang Ramai Kembali Ke Masjid, Kehadiran Kurang Memberangsangkan!

2681
0
Menteri Jemput Orang Ramai Kembali Ke Masjid, Kehadiran Kurang Memberangsangkan!

Walaupun masjid yang berada dalam kawasan Wilayah Persekutuan telah dibuka sejak semalam, namun menteri agama yang juga merupakan bekas mufti, Dr Zulkifli Mohamad memaklumkan kehadiran jemaah masjid berada pada tahap kurang memberangsangkan.

Perkara itu menurutnya dilaporkan salah seorang imam di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya sebelum beliau kemudiannya membuat ciapan itu di akaun Twitternya pagi tadi.

masjid

BACA: Sebaik Solat Bacalah 2 Doa Ini Untuk Naikkan Seri Wajah, Amalkan Agar Sentiasa Disayangi

Mungkin ada dalam kalangan kita yang terlepas pandang bahawa masjid dan surau di zon hijau dan kuning di Kuala Lumpur telah pun dibuka dengan jumlah jemaah yang dibenarkan tidak melebihi satu pertiga daripada kapasiti keseluruhan masjid.

Justeru itu beliau meminta dalam ciapannya yang sudah mendapat lebih 3,000 retweet itu agar para jemaah kembali mengimarahkan masjid di seluruh Wilayah Persekutuan.

“Jemput kita imarahkan semula masjid, surau Jumaat dan surau dalam Wilayah Persekutuan bagi yang berhampiran.

“Pastikan patuhi semua SOP yang ditetapkan,” tulisnya.

Masih keliru

Orang ramai yang meninggalkan komen di ciapan tersebut bagaimanapun berpendapat mungkin ada sesetengah jemaah yang masih keliru dengan pembukaan masjid tersebut.

Ini kerana menurut mereka sebelum ini terdapat senarai jemaah yang sudah dipilih dan ada ketikanya bilangan jemaah sudah mencukupi ketika tiba di masjid.

Namun tidak kurang juga ada yang berpendapat masih terdapat jemaah yang mengambil pendekatan berhati-hati bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 daripada terus berlaku.

Apa pun, kita harapkan agar masjid kembali dihadiri dengan jumlah kapasiti yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa iaitu satu pertiga daripada kapasiti sebenar bagi mengimarahkan lagi aktiviti keagamaan yang sudah lama terhenti buat sesetengah daripada kita sebelum ini.

BACA: Masjid Nabawi Dibuka Semula, Foto-Foto Jemaah & Azan Subuh Berkumandang Syahdu

Menteri Jemput Orang Ramai Kembali Ke Masjid, Kehadiran Kurang Memberangsangkan! 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here