Home All Isu Semasa Jemaah Ucap Syukur Dapat Solat Jumaat, Bawa Sejadah Sendiri Dan Wuduk Dari...

Jemaah Ucap Syukur Dapat Solat Jumaat, Bawa Sejadah Sendiri Dan Wuduk Dari Rumah.

835
1
Jemaah Ucap Syukur Dapat Solat Jumaat, Bawa Sejadah Sendiri Dan Wuduk Dari Rumah.

PUTRAJAYA: Umat Islam sekitar pusat pentadbiran ini, melahirkan rasa syukur kerana berpeluang menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra di sini, selepas lebih tiga bulan tidak dapat berbuat demikian kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengekang penularan C0v.

Tinjauan mendapati, jemaah mula berbaris di luar pintu masuk sejak jam 11.30 pagi bagi mendapatkan giliran masing-masing.

Jemaah juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan mengadakan penjarakan sosial ketika berbaris dan memeriksa suhu badan serta menggunakan cecair nyah kuman di kaunter masuk.

Jurucakap masjid seramai 1,000 jemaah dibenarkan masuk dan orang ramai yang hadir juga menyatakan sudah berwuduk sambil membawa sejadah masing-masing.

Pesara, Mohamed Naguib Adnan, 60, dari Taman Putra Perdana, Puchong, mengakui rasa sebak kerana terlalu gembira berpeluang menunaikan solat Jumaat pada hari ini selepas lebih tiga bulan tidak dapat berbuat demikian.

solat jumaat

Untuk mendapat peluang itu, beliau terpaksa berbaris mulai jam 11.30 pagi mendapat giliran dan tidak mahu terlepas peluang untuk mengadakan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Katanya, walaupun datang jauh disebabkan tiada masjid yang dibuka di kawasan kediamannya, namun beliau bersyukur diberikan peluang mengerjakan secara berjemaah pada hari ini.

“Saya mendapat tahu pengumuman pembukaan Masjid Putra ini melalui media semalam, jadi peluang ini saya tidak lepaskan dan bersyukur masjid dibuka semula untuk aktiviti keagamaan,” katanya.

BACA: Perlis Akan Membenarkan Solat Jumaat Didirikan Secara Bersyarat” -Mufti Perlis

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri, memaklumkan negara beralih kepada ‘normal baharu’ dengan melonggarkan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi memberi peluang orang ramai hadir solat berjemaah.

Beliau berkata, pembukaan Masjid Putra, Putrajaya adalah selepas pengurusan masjid menerima nasihat dari Kementerian Kesihatan (KKM) yang kini diletakan di bawah zon hijau, manakala Masjid Tunku Mizan Sultan Zainal Abidin masih ditutup kepada aktiviti keagamaan kerana masih berada dalam zon kuning.

Sementara itu, Mohd Aidi Talib, 45, dari Kajang, turut gembira kerana mendapat peluang mengerjakan solat Jumaat di Masjid Putra, hari ini.

Mohd Aidi berkata, beliau datang seawal jam 11.45 pagi bersama anaknya, Ahmad Hafriz,16, demi memastikan tidak terlepas peluang mengerjakan solat Jumaat selepas hampir tiga bulan mengerjakan solat zuhur di rumah.

Beliau berkata, walaupun Masjid Jamek Kajang dibuka untuk aktiviti keagamaan, namun jumlah jemaah masih dihadkan kepada 40 orang menyebabkan beliau datang ke Masjid Putra untuk bersolat secara berjemaah.

“Hari ini saya merasakan suatu rahmat yang besar dapat menunaikan solat Jumaat selepas menjalani PKP,” katanya.

BACA: Sebaik Solat Bacalah 2 Doa Ini Untuk Naikkan Seri Wajah, Amalkan Agar Sentiasa Disayangi

Jemaah Ucap Syukur Dapat Solat Jumaat, Bawa Sejadah Sendiri Dan Wuduk Dari Rumah. 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here