Home All Isu Semasa Jemaah Lelaki Dan Wanita Sanggup Panjat Pagar Masjid Untuk Solat Terawih Berjemaah...

Jemaah Lelaki Dan Wanita Sanggup Panjat Pagar Masjid Untuk Solat Terawih Berjemaah Walaupun Dilarang

3824
2
Jemaah Lelaki Dan Wanita Sanggup Panjat Pagar Masjid Untuk Solat Terawih Berjemaah Walaupun Dilarang

Jemaah Lelaki Dan Wanita Sanggup Panjat Pagar Masjid Untuk Solat Terawih Berjemaah Walaupun Dilarang | Hari ini sudah masuk hari ke-6 umat Islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, kali ini tiada solat terawih yang dibenarkan dilakukan secara berjemaah di masjid berikutan pandemik COVID-19.

Bukan saja Malaysia, malah beberapa negara lain turut mengambil langkah yang sama.

Tetapi berbeza di Indonesia apabila orang ramai dilihat berpusu-pusu memanjat pagar masjid untuk melakukan solat terawih berjemaah. Kejadian berlaku di masjid terletak di Kota Parepare, Indonesia. Untuk makluman, Indonesia masih lagi tidak membenarkan sebarang solat terawih dilakukan secara berjemaah.

panjat pagar masjid

Bukan saja jemaah lelaki malah jemaah wanita juga turut dilihat memanjat pagar masjid yang dikunci.

Pihak masjid itu sendiri sudah mengingatkan penduduk setempat untuk tidak hadir ke masjid bagi melakukan solat terawih kerana wabak COVID-19 yang masih berleluasa. Tetapi pihak masjid masih tetap bersiap sedia menyediakan topeng muka dan melakukan proses nyah kuman di kawasan masjid.

“Kami tidak melarang beribadah, namun untuk berkumpul atau menjaga jarak harus tetap dilaksanakan agar menjaga penyebaran virus corona.” 

“Namun sebahagian masyakarat tetap nekad memanjat pagar masjid.”

Pihak berkuasa turut berada di masjid tersebut selepas menerima aduan mengenai kejadian itu. Sebagai jalan terakhir, para jemaah hanya dibenarkan melakukan solat Isyak manakala solat terawih perlu dilakukan di rumah dan semua jemaah diminta pulang ke rumah.

Sebelum ini, kejadian yang sama dilaporkan di Indonesia di mana orang ramai tidak menghiraukan arahan yang dikeluarkan dan meneruskan solat terawih di masjid. Namun segalanya dihentikan apabila salah seorang jemaah pengsan secara tiba-tiba. Sehinggakan pasukan perubatan meminta semua jemaah menjalani ujian saringan COVID-19.

Artikel berkaitan: Tiada Solat Tarawih Di Masjid Tahun Ini, Ini Panduan Buat Tarawih Di Rumah

Sumber

Baca Selanjutnya

Jemaah Lelaki Dan Wanita Sanggup Panjat Pagar Masjid Untuk Solat Terawih Berjemaah Walaupun Dilarang 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here