Home All Isu Semasa Terkenangkan Jasa Pemandu Ambulans Yang Tak Ternilai, Mekanik Tolak Caj Baiki Penghawa...

Terkenangkan Jasa Pemandu Ambulans Yang Tak Ternilai, Mekanik Tolak Caj Baiki Penghawa Dingin

6461
0
ambulans

Terkenangkan Jasa Pemandu Ambulans Yang Tak Ternilai, Mekanik Tolak Caj Baiki Penghawa Dingin | Dalam semua orang terpaksa melalui saat sukar kerana COVID-19 ini, bantuan yang dihulurkan sudah pasti akan membuatkan kita tersenyum simpul.

Samalah seperti satu perkongsian yang dibuat oleh pemandu ambulans ini di laman Facebooknya.

Menurut Azman Roy, disebabkan penghawa dingin kenderaan itu rosak, dia membawanya ke bengkel yang terletak di Klang. Dengan usaha yang ditunjukkan oleh pekerja di situ, masalah itu dapat dibaiki dengan segera.

Tolak Bayaran Kerana Kenang Jasa Pemandu Ambulans

Namun begitu, apabila ditanya tentang caj perkhidmatan, mekanik itu menolak dan mengatakan bahawa jasa pelanggan itu sebagai seorang pemandu ambulans adalah lebih tak ternilai.

Dengan selamba dia cakap kat aku perkhidmatan kau tak ternilai bro, macam mana aku nak nilai apa yang aku betulkan dekat ambulans kau.

Mekanik yang dikenali sebagai Muhammad Iskandar Farees itu menjelaskan bahawa ketika pemandu ambulans itu sampai, bengkel tersebut sudah hampir tutup namun dia sudah pun menghubunginya pada awal hari tersebut.

Mengenangkan kenderaan itu yang digunakan untuk membawa pesakit, sudah pasti mereka tidak akan berasa selesa sekiranya penghawa dingin tidak berfungsi. Iskandar juga menjelaskan bahawa pembaikan yang dibuat tidak susah pun dan hanya perlu pembetulan yang sedikit sahaja sebelum ia kembali berfungsi.

Saya memang tak caj dia langsung, sebab dia pun buat servis untuk bantu orang, lebih-lebih lagi musim wabak ni memerlukan perkhidmatan dia. Kali ni, giliran saya pula bantu dia.

ambulans

Mekanik tersebut menjelaskan bahawa dia pasti sekiranya pemilik bengkel itu juga akan melakukan perkara yang sama sekiranya dia berada di tempatnya. Pemilik bengkel Kembara Auto Aircond & Car Services iaitu Azrul juga sering menasihatkan stafnya itu untuk bersedekah sekiranya mampu.

Azrul memang minta saya banyakkan bersedekah ketika bekerja kerana dalam rezeki kita ada rezeki orang lain.

Dengan sikap baiknya itu, diharapkan bengkel tersebut dikunjungi pelanggan yang lebih ramai selepas ini.

Sumber

Baca Selanjutnya

Terkenangkan Jasa Pemandu Ambulans Yang Tak Ternilai, Mekanik Tolak Caj Baiki Penghawa Dingin 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here