Home All Isu Semasa Derita Bayi 9 Bulan Terkena Jangkitan Sporo Dari Kucing, Mula-Mula Ingat Kesan...

Derita Bayi 9 Bulan Terkena Jangkitan Sporo Dari Kucing, Mula-Mula Ingat Kesan Gigitan Nyamuk.

32901
1
jangkitan

Jangkitan Sporotrichosis atau lebih dikenali sebagai jangkitan Sporo merupakan penyakit yang mudah menjangkiti haiwan peliharaan khususnya kucing. Penyakit ini juga dikenali sebagai The Rose-Thorn atau Gardener’s-Thorn disease yang berasal dari kulat dalam tanah. Penyakit ini sememangnya berbahaya kerana kulat Sporothrix Schenckii juga boleh membawa mudarat kepada manusia.

Seperti perkongsian seorang wanita, Nurfarahin Mahamad di laman Facebooknya menceritakan pengalaman sedih apabila anak mereka yang baru sahaja berusia 9 bulan dijangkiti penyakit Sporotrichosis ini. Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa anak kecil itu.

Biji semakin besar dan bernanah

Jangkitan Sporo

Sekarang dah semakin banyak penyakit jangkitan Sporotrichosis ni. Aku akan share gambar dari awal sampai akhir tentang penyakit ni jadi dekat baby aku umur 9 bulan. Benda ni mula jadi tahun 2019.

Jangkitan Sporo ni berjangkit antara haiwan dan manusia. Melalui gigitan, cakaran, bakteria darah kucing kurap atau air liur kucing ni yang menitik dekat sesuatu tempat dan tersebar melalui udara yang dibawa oleh kucing kurap (selalu jumpa kucing ni kat kedai makan dan tepi jalan). Aku cadang lebih baik pergi pakar goverment. Memang terbaik. Servis elok. Tiptop.

Pada mulanya naik macam kena gigit nyamuk. Makin lama biji tu semakin besar. Macam kudis api. Pergi klinik swasta. Doktor cakap anak aku kena kudis api. Aku sapu krim. Bagi antibiotik. Tapi biji tu semakin besar dan mula benanah. Nanah tu bukan nanah kuning. Tapi ia nanah darah (aku pernah cucuk biji tu sebab kembung besar sangat) . Tapi sebaiknya jangan cucuk lah sebab kuman boleh merebak.

Penyakit Jangkitan Sporo jarang berlaku

Jangkitan Sporo

Minggu kedua aku mula sedar kawasan urat lengan Faris ada macam isi atas sepanjang urat. Aku bawa pergi klinik kulit Dr.. Venkat. Dia cakap anak aku kena kulat kucing. Yang merunsingkan dia baby lagi macam mana boleh kena. Penyakit ini jarang jadi dan kalau jadi pun akan jadi dekat cat lover (orang dewasa atau kanak kanak atas 10 tahun). Kami diberi dua pilihan nak beli ubat ori (import tapi mahal) atau ubat biasa (dari Malaysia). Husband pilih ubat import sebab doktor cakap yang import lagi baik.

Dua hari makan ubat Sporanox tu. Keadaan semakin teruk. Lengan semakin bengkak. Biji semakin naik. Aku terus bawa Faris ke Kedah Medical Centre. Tapi pakar tak ada. Pakar turun hari selasa saja. Tapi doktor tu cuba juga tengok kulit Faris dan dia cakap benda jujur, ‘I rasa you better ke hospital goverment sebab pakar diorang ada hari hari. Dan di sini kes macam ni kami tak berani ambik takut risiko’. Aku pergi pulak PMC.

Doktor tu macam blur sikit la dan tekejut. Last sekali Aku pergi refer personal doktor aku sendiri. Dia tekejut tengokk tangan Faris. Dia cakap first time dia tengok jangkitan Sporo ni. Sebelum ni tengok dalam buku. Dia buat surat untuk ke hospital. Jumpa pakar kanak kanak. Sebab penyakit ni boleh bawa maut dan cepat merebak dalam darah.

Anak kena Sporo kucing

Jangkitan Sporo

Pagi tu aku pergi hospital goverment sebab nak jumpa pakar kanak-kanak. Pakar tu suruh admit ward untuk on antibiotik dan refer pakar kulit juga. Pakar kulit suruh buat minor operate untuk confirm kan penyakit anak aku. Sebulan lepas tu result keluar. Pommm! Muka rasa kena tampar.

Kaki rasa layu bila pakar cakap 90% confirm anak aku kena Sporo kucing ni.  Doktor bagi ubat Itraconazole. Tapi tak surut. Biji semakin menjalar dan semakin naik sepanjang lengan. Nasib Faris baik, ubat Sporonox tu tak serang hati. Sebab ubat tu boleh rosak hati (result test blood).

Kami ulang alik jumpa pakar kulit tiap minggu. Last pilihan doktor cuba dapatkan ubat original anti kulat. Sebab doktor cakap kulat ni aktif dan cepat merebak diluar jangkaan. Dia juga mengaku kes anak aku sangat complicated. Doktor takut merebak naik ke otak dan lepas naik ke otak tu faham-faham je lah. Tapi doktor tanya, sanggup tak bayar kos ubat bawah RM2 ribu. Sebab kerajaan tak ada peruntukan untuk ubat tu. Diorang cuma boleh tolong order.

Nanah dah surut

Jangkitan Sporo

I trust you, Allah. Semua ada hikmah. Alhamdulillah doktor bagi ubat tu dua botol secara percuma. Tapi kali ke tiga kena bayar. Tapi baru setengah sebotol minum, keadaan Faris semakin okay. Biji dah surut dan kian pudar. Nanah tu pun dah semakin surut. Alhamdulillah untuk semuanya.

Muka dan tangan Faris sudah kembali handsome dan gebu tapi ubat dia mungkin kena makan selama 6 bulan sampai betul betul sembuh. Kepada anda yang cat lover tu, hati hati. Better bawa pergi cucuk vaksin kucing tu, ingat kan manusia ja ada vaksin.

Sumber: Nurfarahin Mahamad

Derita Bayi 9 Bulan Terkena Jangkitan Sporo Dari Kucing, Mula-Mula Ingat Kesan Gigitan Nyamuk. 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here