Janganlah Mengumpat Suami Depan Anak Sendiri, Jaga Air Muka Pasangan

1
567
mengumpat

Menceritakan sesuatu keburukan walaupun benar dipanggil mengumpat. Menceritakan perkara yang tidak benar pula dipanggil fitnah.

Mengumpat termasuk dosa besar. Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: “Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah daripada kamu.

“Adakah seorang daripada kamu suka makan daging bangkai saudaranya, tentu kamu semua membenci memakannya.” (surah al-Hujurat, ayat 12).

Rasulullah SAW pula bersabda: “Tidak akan masuk syurga al-Nammam (tukang umpat).” (Hadis Riwayat Muslim)

PERKARA YANG DIBENARKAN MENGUMPAT DENGAN SYARAT

Bagaimanapun, ada perkara dibolehkan mengumpat dengan syarat ketat. Sebagaimana pandangan Imam An-Nawawi:

  1. Mengadu kes penganiayaan kepada yang bertanggungjawab.
  2. Mohon bantuan mencegah mungkar.
  3. Mohon pandangan hukum atau fatwa.
  4. Menyelamatkan Muslim lain yang teraniaya.
  5. Pelaku maksiat yang terang-terangan.
  6. Tujuan pengenalan yang digelarkan kepada seseorang.

Perkara ini disandarkan kepada hadis daripada Aisyah RA, katanya: “Hindon binti Utbah, isteri Abu Sufyan masuk menemui Rasulullah SAW lalu bertanya: “Ya Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufyan adalah lelaki yang sangat kedekut (bakhil), dia tidak memberi nafkah yang cukup untukku dan anakku, kecuali jika aku ambil saja hartanya (duitnya) tanpa pengetahuannya. Adakah aku berdosa kerana berbuat demikian?”

Janganlah Mengumpat Suami Depan Anak Sendiri, Jaga Air Muka Pasangan 1

Jawab baginda: “Ambillah hartanya (duitnya) itu dengan baik yang boleh mencukupi keperluanmu dan anakmu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Justeru, alasan sekadar melepaskan apa yang berbuku di hati tidak dibenarkan. Sebaik-baiknya mengadu kepada pihak yang bertanggungjawab.

Perbuatan mengumpat seperti di atas menyebabkan kesan lebih buruk dalam rumah tangga dan tidak baik terhadap emosi anak.

Selesaikan dan jumpa mereka yang lebih sesuai untuk menyelesaikan masalah. Jangan biarkan masalah ini terus membarah. Doa yang makbul adalah rahsia Allah. Jelas bahawa dosa juga boleh menghalang doa dari dimakbulkan Allah SWT. Wallahualam. Semoga Allah SWT merahmati keluarga anda.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here