Janganlah Jatuh Hukum, Anak 10 Tak Mampu Jaga Mak Seorang

0
331
Hukum Jaga Orang Tua Uzur

Janganlah Jatuh Hukum, Anak Sepuluh Tak Mampu Jaga Mak Seorang | Setiap anak ujian hidupnya berbeza-beza. Walau untuk anak sepuluh sekalipun, matlamatnya tetap satu mencari keredhaanNya dunia akhirat. Lagi-lagi urusan menjaga orang tua yang sakit.

Perkongsian Dr Tiny Azleen Yahaya yang diberi kesempatan menjaga orang tuanya yang sakit.. berkongsi kisah. Bagaimana setiap anak itu ada bahagian rezeki masing-masing dalam urusan menjaga orang tua yang sakit mahupun sudah uzur.

Janganlah Jatuh Hukum, Anak 10 Tak Mampu Jaga Mak Seorang 1
Setiap kali balik pejabat, inilah dahulu yang dikelola, kemudian nanti, baru balik rumah.

Mengintai Lebuhraya Syurga

Sejak jaga ayah yang sakit ini, banyak sungguh yang Allah ajar dan nampakkan pengajaran.

Saya tak tahu pada orang lain, tapi pada saya, antara yang saya terkesan adalah kata-kata ini yang kemudian saya cuba kaitkan dengan realiti.

‘Mak seorang boleh jaga anak sepuluh orang, anak sepuluh tak tentu mampu jaga mak seorang.’

Ibu Boleh Jaga Sepuluh Anak, Tapi Anak Sepuluh..

Apabila menjaga ayah, baru saya sedar, menjaga orang tua seorang tidak langsung sama seperti menjaga anak yang sepuluh!

Ya. Ibu seorang boleh jaga sepuluh anaknya sebab kalau sekali ibu itu tempik dan jegil bijik mata, berterabur anak-anak yang sepuluh lari ikut cakap mak dia.

Tambahan pula, mak yang ada anak sepuluh, tugas jaga adik-adik yang kecil, di delegate / di alihkan kepada kakak abang yang besar untuk membantunya.

Mak Ada 10 Adik Beradik..

Seperti mak Zakiah Hashim. Mak ada 10 adik-beradik dan antara tugas yang arwah tok delegate kepada mak adalah masak, basuh baju, mandikan adik-adik, siapkan makan pakai adik-adik dan sebagainya.

Sampailah mak kahwin, tetap ada kebajikan dan keperluan adik-adik yang mak bantu selia, yang memudahkan kerja arwah Tok dan Wan dalam mengasuh anak-anak yang sepuluh itu.

Janganlah Jatuh Hukum, Anak 10 Tak Mampu Jaga Mak Seorang 2
Kalau lap muka, ayah mahu, kalau suruh makan, jenuh bergaduh.

Anak Kena Dengar Cakap Mak, Walaupun..

Dan anak-anak, tiada pilihan melainkan duduk jugaklah mengadap mak yang garang, cengei, tarzan atau singa. Mau tidak, duduklah dalam rumah tu juga. Kena dengar patuh pada apa yang mak suruh. Kena DENGAR CAKAP!

Anak yang sepuluh, kalau degil tak dengar cakap, kuasa veto mak membolehkan segala cubitan, jeritan, jegilan mata, rotan, tali pinggang, hanger, segala peralatan naik badan anak.

Kalau anak malas mandi, cempung je masuk bilik air. Kalau malas makan, cekak pinggang suruh diaorang duduk makan. Takpun ugut akan tinggal di rumah tak bawa jalan kalau taknak makan. Senang kerja mak!

Kalau anak dapat hukuman daripada mak, berbirat badan anak, tiada siapa yang persoalkan. TITIK!

Nak Kata ‘Ugh’ Kat Mak Pun Tak Gamak

Cuba kalau mak / ayah kita perlakukan begitu. Aduh. Jangan setakat kutukan makian orang sekeliling, memang menempah neraka paling bawah la tu!

Malah, hati sendiri pun tak gamak, waima untuk berkata “Ugh”!

Itu yang kami lalui saat ini.

Untuk angkat ayah seorang diri, aduhai, silap gaya mahu terlari tulang atau terkena slip disc.

Dua orang minimum diperlukan untuk kelola ayah terutamanya urusan cuci najis, salin lampin dan salin alas katil.

Janganlah Jatuh Hukum, Anak 10 Tak Mampu Jaga Mak Seorang 3
Selesa mukanya dan badannya dilap.

Gelak Dan Tangisan Sudah Sama Banyak

Dan lagi, kami adik-beradik alami sendiri tekanan emosi apabila desak ayah supaya makan. Kakak sampai terpaksa ‘ugut’ ayah untuk suap makannya.

Ayah marah, “Apa ni ugut-ugut!“, jerit ayah dalam suara yang tidak berapa jelas biji butirnya.

Nak gelak atau nak menangis, sama banyak dan sudahnya dah tak tahu nak bertindak apa.

Apabila mak paksa suruh ayah makan, dia kata, “orang kata tak mau, tak mau la. Awat dok paksa-paksa ni?“ lepas tu mukanya merah. Tak tahulah sama ada marah atau sedih, atau mungkin kedua-duanya.

Selepas itu, ayah tak nak cakap dengan mak. Dia panggil anak kakak sahaja walaupun mak ada di sisinya.

Inilah juga yang saya kena semasa di IJN. Dia tetap panggil nurse walau saya ada di sebelah. Dia tak hirau. Merajuk!

Puncanya kerana saya tak bawa dia masuk bilik air untuk mandi! (dah wayar berselirat seluruh badan, celah mananya nak boleh tolak masuk bilik air bagi mandi?!)

Rasa hati, Tuhan sahaja mengetahui.
Takut, sedih, kesal, bimbang…
Semua rasa ada.

hukumAdik bongsu sepenuh tenaga membetulkan kedudukan ayah.

Logiknya Anak Yang Ramai Tak Mampu Nak Jaga

Berbalik kepada mak / ayah yang seorang dan anak-anak yang ramai itu tak mampu nak jaga, janganlah mudah jatuh hukum pada anak yang tak mampu jaga ibu bapa. Logiknya di sini adalah:

  1. Anak sudah berkeluarga dan keluarganya juga perlu dijaga;
  2. Anak bekerja dan kebanyakan kerjaya sekarang mengikat waktu dan tenaga individu kepada kerjayanya, baik yang makan gaji mahupun yang bekerja sendiri. Tipu sangatlah kalau ada yang mempunyai masa yang banyak jika masih perlu mencari duit sara bulanan untuk perbelanjaan (yang memang dah duit berkepuk dalam simpanan, itu memang betullah masa dah terlebih-lebih).
  3. Meski ada anak yang ramai, tak tentu mak / ayah serasi untuk tinggal bersama semua anaknya. Mak ayah kadang2 ada ‘anak feveret’ mereka yang tersendiri.

… Dan ya, banyak lagi kekangan anak yang 10 itu untuk menjaga mak / ayah yang seorang itu!

Janganlah Sesuka Hati Jatuh Hukum Dekat Anak..

Jadinya, janganlah sesuka hati menjatuh hukum anak sepuluh tak mampu jaga mak seorang dengan perbandingan mak seorang mampu jaga anak sepuluh.

Setiap anak yang sayangkan mak ayahnya pasti mahu merawat dan menyantuni mak ayah mereka sebaiknya.
Namun, pelbagai kekangan dan ketidakmampuan menyebabkan ada anak yang tak mampu merawat dan menyantuni usia tua mak ayahnya dengan sebaik-baiknya (yang memang sengaja, itu lain kategori!)

Kerana Semua Ini Berbalik Pada Rezeki

Dan ya, semua ini berbalik kepada rezeki.
Rezeki anak dan rezeki mak ayah.

Bagaimana bentuk rezeki yang Allah janjikan kepada hambaNya, dalam menyantuni juga disantuni dengan cara yang DIA aturkan, itu adalah hak-Nya!

Dan kita, terus sahaja doa, usaha, ikhtiar dan tawakal, mohon Allah permudahkan semuanya. Amin.

Kaktiny,
Paling takut mak ayah merajuk atau terasa hati. Boleh rasa macam nak bunuh diri woi!

Sumber/Foto : Tiny Azleen Yahaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here