Home All Keluarga Ustazah Asma’ Ingatkan Jangan Terlalu Kerap Marah Anak. Lama-Lama Keras Hatinya!

Ustazah Asma’ Ingatkan Jangan Terlalu Kerap Marah Anak. Lama-Lama Keras Hatinya!

1588
0
Ustazah Asma’ Ingatkan Jangan Terlalu Kerap Marah Anak. Lama-Lama Keras Hatinya!

Ustazah Asma’ Ingatkan Jangan Terlalu Kerap Marah Anak. Lama-Lama Keras Hatinya! | Percaya tak anak makin keras hatinya apabila kerap di marah. Jangan pelik bila suatu hari nanti, bila ibu bapa nak peluk, mereka akan menjauhkan diri.

Kesan ini juga yang akan menyebabkan anak mula memberontak dalam diam dan menyebabkan hubungan antara ibu bapa dan anak semakin renggang.

Perkongsian dari Ustazah Asma’ Harun ini sungguh tepat sekali dalam keadaan ibu bapa sekarang yang rasa terlalu stres mendidik anak hingga api kemarahan tercetus tanpa sedar. Ibu bapa lebih mudah marah anak sebelum tanya apa masalah sebenarnya.

Seolah-olah semua perkara boleh selesai apabila marah anak, lebih sedih apabila ada ibu bapa yang marah anak di hadapan adik beradik lain atau orang luar habis jatuh maruah mereka!

marah anak

BACA JUGA : Amalkan Menyuap Isteri & Anak Makan, Lihatlah Bagaimana Rezeki Datang Mencurah-Curah

KERAP MARAH ANAK BUAT HATINYA SEMAKIN KERAS

Duhai IBU AYAH

Jangan terlalu kerap memarahi anakmu, darah dagingmu sendiri. Apatah lagi kerap memukulnya. Jangan terlalu meminta itu ini melebihi dari kemampuan dengan usianya, meletakkan salah itu ini atas bahunya. Sehingga akhirnya hatinya jadi semakin keras. Dan ketika itu marah, tengkingan, bahkan pukulanmu hanya menghimpun rasa benci dan dendam, bukan keinsafan atau perasaan ingin berubah.

Apa sebenarnya yang ibu ayah mahukan, mahu anak berubah bukan? Bila cara tegas dan keras tak berjaya, jangan terus dipaksa dan digunakan cara yang sama. Lihatlah dalam tubuh yang kecil dan lemah itu ada seketul daging yang namanya HATI. Tempat untuk menakung kasih sayang, perhatian dan belas kasihanmu sebagai orang yang telah tua.

Ramai para IBU mesej dan meluahkan, “ustazah, anak saya makin jauh hati, dia masih kecil baru darjah 3, tapi dia memberontak, dia selalu menolak saya.. Saya nak peluk pun dia dah tak nak. Saya banyak buat salah pada dia, masa kecik selalu marah anak, tengking dan pukul dia, apa yang patut saya buat..”

Ibu Ayah,

Selama mana dia menerima kasarmu, lebih lama engkau harus bersabar untuk berlembut denganya. Sebesar mana luka di hati anakmu, lebih besar usaha yang perlu dilakukan.

Hati anakmu itu milik Allah, mintalah petunjuk dariNya apakah ubatnya. Setiap penyakit ada ubatnya, lain sakit lain ubat. Mungkin kaedah zikir ya Latif dan selawat tidak cukup, Allah minta kita usaha lebih lagi.

Setelah hati anakmu telah lembut dengan pelukan dan kasih sayangmu, percayalah ketika itu, marahmu yang sedikit boleh membuatkan air matanya menitis kesedaran.

Rasulullah SAW bersabda:

أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ

“Ingatlah sesungguhnya di dalam tubuh manusia terdapat segumpal daging. Jika segumpal daging itu baik, maka seluruh tubuh juga baik. Jika segumpal daging itu rosak, maka seluruh tubuh juga rosak. Ketahuilah, segumpal daging itu adalah HATI”.
(HR Muslim, no. 1599)

Ya Allah, bantu kami menjadi ibu bapa yang sabar dan redha terhadap anak-anak kami.
Ibu bapa yang boleh jadi contoh yang baik buat anak-anak kami.

Sumber: Ustazah Asma’ Harun

Ustazah Asma’ Ingatkan Jangan Terlalu Kerap Marah Anak. Lama-Lama Keras Hatinya! 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here