Home All Keluarga Jangan Sombong Nak Tolong Adik Beradik. Seburuk Manapun Tetap Darah Daging Kita

Jangan Sombong Nak Tolong Adik Beradik. Seburuk Manapun Tetap Darah Daging Kita

1883
4
Jangan Sombong Nak Tolong Adik Beradik. Seburuk Manapun Tetap Darah Daging Kita

Jangan Sombong Nak Tolong Adik Beradik. Seburuk Manapun Tetap Darah Daging Kita | Bercerita tentang adik beradik memang tak pernah habis. Masing-masing mempunyai perangai dan sikap yang berbeza-beza. Kalau 10 orang adik beradik, 10 perangailah juga. Semuanya tak akan sama.

Begitu juga nasib adik beradik, semuanya berbeza. Mungkin ada yang ditakdirkan hidup senang ada yang susah dan ada yang ‘biasa-biasa’ sahaja. Jadi, usahlah mendabik dada, sebaliknya tolong adik beradik dahulu antara satu sama lain.

Ketahuilah kita dilahirkan dari perut mak yang sama dan ayah yang sama. Tak perlulah nak membanding-bandingkan atau bbersengketa. Susah atau senang macam mana pun, adik beradik inilah yang dicari.

tolong adik beradik

BACA: Inilah 6 Tip Rapatkan Semula Hubungan Adik Beradik Yang Semakin Hambar

Perkongsian daripada Khairi Syazwan mampu membuka mata keluarga yang mengalami pergaduhan dan ada yang tidak bercakap kerana sedikit salah faham. Moga ia memberi manfaat untuk keluarga dan adik beradik di luar sana.

Lahir Dalam Perut Yang Sama

Seburuk buruk adik beradik ia tetap darah daging kita, sehina hina adik beradik ia tetap keluarga terdekat kita, sejahat jahat adik beradik ia tetap dikandungkan dari perut yang sama dan benih yang sama

Jangan selalu lihat keburukan adik beradik sehingga lupa akan kebaikannya kerana adik beradik tetap adik beradik cuma dilahirkan berlainan nasib dalam hidupnya. Ada yang susah ada yang senang, jangan kita bangga sekiranya kita lebih baik dari adik beradik yang lain kerana suatu hari nanti semua akan berbalik

Tolong Adik Beradik

Jangan kita angkuh dan sombong kepada adik beradik yang kurang bernasib baik kerana mereka yang akan tolong susah payah kita satu hari nanti tanpa kita sangka.

Jangan terlalu berkira akan harta dan duit yang kita ada kerana harta dan duit takkan kekal selamanya.. Pernah ka kita terpikir siapa yang angkat jenazah kita kelak? Pernah kah kita terpikir siapa keluarga terdekat kita yang membungkus mayat kita kelak? Adakah harta boleh tolong kita ketika mayat dibungkus kelak

Tidak. adik beradik kita sejahat mana pun ia, ia takkan jijik menyentuh mayat kita walaupun ia hina buruk dan jahat dimata kita.. Jangan terlalu benci akan adik beradik kerana adik beradik tetap adik beradik.

Berkatnya rezeki dari tali persaudaraan dengan tolong adik beradik.. Semoga kita ingat akan siapa diri kita, kita hanya hamba yang hina di mata Allah.

Semoga kita dilembutkan hati dari perasaan benci kepada sesama adik beradik mau pun manusia lain. Amiin ya rabbal alamiin..

Gaduh macam mana sekalipun, hubungan adik beradik tak akan putus sampai ke akhir hayat.

Sumber: Khairi Syazwan

Jangan Sombong Nak Tolong Adik Beradik. Seburuk Manapun Tetap Darah Daging Kita 1

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here