Home All Isu Semasa Jangan Cemburu Dengan Penjawat Awam, Dalam Gaji Mereka Ada Rezeki Kita

Jangan Cemburu Dengan Penjawat Awam, Dalam Gaji Mereka Ada Rezeki Kita

4854
2
Jangan Cemburu Dengan Penjawat Awam, Dalam Gaji Mereka Ada Rezeki Kita

Jangan Cemburu Dengan Penjawat Awam, Dalam Gaji Mereka Ada Rezeki Kita | Tempoh PKP yang panjang, meresahkan ramai orang yang terkesan. Gaji kena potong, perniagaan tersekat tidak jalan, malah ada yang langsung hilang pekerjaan.

Bila mana gaji penjawat awam jalan seperti biasa, mulalah terdetik sekelumit rasa tidak puas hati.

Sebenarnya kawan, aturan tuhan itu tersangatlah halus dan sarat hikmah. Lihatlah bukan semata dengan pandangan biasa, tapi dari hati nurani yang bersangka baik. Sebagaimana lelaki ini, Rol Sham melihat konsep rezeki itu bukan milik perseorangan, tetapi dalam rezeki seseorang ada rezeki untuk orang lain.

penjawat awam

Untungnya Orang Kerja Sebagai Penjawat Awam Gaji Jalan?

Semenjak PKP ni ramai kata untunglah jadi cikgu gaji tetap jalan, untunglah kerja gomen walaupun apa berlaku gaji tetap jalan siap ada yang dapat bonus dan BPN lagi. Hutunglah.

Kan untungkan mereka sampai ada cadangan suruh pemerintah potong gaji penjawat awam agar mereka juga turut membantu dalam keadaan sekarang.

Sebelum saya lanjutkan coretan saya, izin saya kenalkan diri. Saya hanyalah rol sham penjual jalanan yang menjual kebab dan roti john bukan penjawat awam hanya berniaga kecil-kecilan di pasar malam dan pasar tani. Jelas ye. Nanti ada kata saya ni juga penjawat awam tu pro penjawat awam.

Pernah dengar tak “dalam rezeki kita ada rezeki orang lain”. Jadi itulah kisah yang saya ingin sampaikan.

  • Kenapa kita rasa amat cemburu terhadap penjawat awam? sebab gaji tetap jalan macam biasa.
  • Kenapa rasa mereka patut dipotong gaji agar dapat membantu keadaan sekarang ini.

Jawapan saya tidak perlu cemburu dan potong gaji mereka. Sebab dengan gaji mereka, mereka sedang membantu meningkatkan ekonomi peniaga kecil seperti kami.

Golongan manakah paling ramai membeli produk makanan kami sewaktu PKP atau sebelum PKP. Mereka penjawat awam bergaji kecil mahupun besar .

Mereka ini yang selalu ke pasar malam berhenti beli sebab balik tak sempat nak masak mahupun keletihan. Bukan sahaja penjawat awam bahkan swasta yang bergaji kecil. Mereka inilah penyumbang besar ekonomi kami.

Kami pula membantu peruncit membeli stok daripada peruncit manakala peruncit membeli daripada pemborong dan pemborong membeli daripada perkilang.

  • Wahai peniaga semua berapa peratuskah pelanggan kita terdiri daripada T20?
  • Wahai peniaga semua berapa peratuskah pelanggan kita terdiri daripada peniaga lain?
  • Wahai peniaga semua berapa peratuskah pelanggan kita terdiri daripada penjawat awam?

Sepanjang saya berniaga tidak pernah lagi sekali sy dpt pelanggan daripada T20 (bukan sektor gomen ye) walaupun sebiji roti john berharga 5hinggit dan kebab 3hinggit. Tidak pernah.

Pelanggan saya banyak daripada penjawat awam, pekerja swasta m40, pekerja kilang, perkebun, pesawah dan majority adalah penjawat awam.

Dengan Gaji Penuh, Mereka Tak Berkira-kira Untuk Berbelanja..

Tapi kenapa kita tidak rasa bersyukur apabila pemerintah kekal gaji mereka tanpa potongan. Kita perlu bersyukur sebab bila gaji penuh mereka tidak berkira-kira untuk berbelanja beli goreng pisang mak cik kiah ke nasi lemak pak maon ke atau juadah sampingan lain.

Namun jika gaji dipotong mereka akan mula berkira-kira kalau aku beli chicken chop harga 10hinggit aku tambah lagi berapa ringgit dpt beli ayam seekor atau beras 5kilo lagi berbaloi kena jimat ni gaji dah kena potong.

Nampak minda mereka akan berubah. Jadi apa berlaku pada peniaga micro makin lama makin hilang pelanggan dan akhirnya terpaksa tutup.

Gaji mereka dapat mereka tidak akan simpan pasti ada sikit untuk berbelanja. Jadi kenapa kita harus cemburu.

Dengan pemotongan gaji penjawat awam adakah ia membantu menaikkan jualan kita?

Jika ye kenapa dari sebelum PKP ada pejuangan gaji minima sepatutnya tidak perlu gaji minima kan. Saya bukan nak membela penjawat awam atau kakitangan swasta bergaji penuh tanpa potongan. Tapi mereka adalah antara penyumbang pembangunan ekonomi kecil.

Berhenti Merungut! Masing-masing Ada Tanggungjawabnya

Macam saya sekarang di musim PKP kebanyakan customer saya adalah guru, polis, misi, pekerja kilang, pekerja sektor dibenarkan buka kebanyakan daripada mereka kalau penduduk kampung ada, mereka beli tapi kena jimat jugalah sebab punca pendapatan mereka terjejas saya faham itu.

Jadi yang berikan cadangan atau pihak yang cemburu itu dah lihat ke jualan kita harini berapa peratus daripada golongan penjawat awam yang dipersoalkan hutunglah gaji jalan.

Tak rasa bersalahkah?

Masing-masing ada tanggungjawab masing-masing, jadi berhenti merungut dan terus berusaha.

Alhamdulillah hariini roti john sy tak banyak jual tp still bersyukur masih ada duit masuk. InsyaAllah esok mungkin ada lebih sikit untuk hari ini jom kita bersyukur jika pun hanya RM 1 sahaja yang masuk. Kerana itu bukan rezeki daripada pembeli atau pemberi tapi itu adalah rezeki daripada Allah.

Sekian #abgkebabmenulis bagi yang tidak sependapat dengan saya, saya mohon maaf. Saya hanya luahkan sikit rasa sahaja.

“Dalam Gaji Mereka Ada Rezeki Kita”
#SyadzaRotiJohn

Baca sini :Rider Food Panda Kongsi Rezeki Letak Makanan Senyap2 Pada Gelandangan Raih Pujian

Sumber/Foto : Rol Sham

Jangan Cemburu Dengan Penjawat Awam, Dalam Gaji Mereka Ada Rezeki Kita 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here