Home All Keluarga Jaga Mak Ayah Dah Tua Tak Perlu Diingatkan, Kalau Tiada Masa Sediakan...

Jaga Mak Ayah Dah Tua Tak Perlu Diingatkan, Kalau Tiada Masa Sediakan Keperluan Lain!

6043
1
jaga mak ayah

Jaga Mak Ayah Dah Tua Tak Perlu Diingatkan, Sendiri Kena SEDAR | Ada benarnya sebagai seorang anak adalah menjadi tanggungjawab kita menjaga dan menguruskan mak ayah yang dah tua.

Rebutlah peluang berbakti pada mereka, selagi mana mak ayah kita masih ‘dipinjamkan’ sementara di dunia ini. Jangan hanya muncul apabila mereka telah tiada, lebih tragis apabila hanya mahu menuntut harta yang tak seberapa.

Renung-renungkan perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini.

“Tak perlu di ingatkan, sendiri kena sedar…”

Bila mak ayah kita dah tua, maka sebagai anak, kita kena jaga mak ayah dan uruskan mereka.

Bukan Abang Long yang suruh, bukan Kak Ngah, tapi Rasulullah s.a.w. Setiap anak perlu berbakti kepada orang tuanya dan keredhaan Allah s.w.t bergantung kepada keredhaan orang tua kita.

Murka Allah juga bergantung kepada murka ibu bapa.

Bila masing-masing dah besar, dah berumahtangga, maka masing-masing dah ada kehidupan sendiri. Sibuk dengan isteri dan anak-anak, sibuk dengan kerjaya, sibuk dengan kehidupan harian.

jaga mak ayah

Takde Masa, Bagi Bantuan Wang Ringgit

Bila ada di antara adik beradik kita yang boleh menguruskan orang tua kita sama ada di kampung atau di rumahnya, maka kita yang takde masa untuk jaga mereka perlu bagi bantuan yang bagaimana…?

Wang ringgit…bagi duit.

Sumbangkan duit kepada adik beradik yang menjaga orang tua kita untuk dia gunakan membeli keperluan hariannya dan juga kelengkapan ibu bapa.

Dah la tak jaga mak ayah, tak pulak kirim duit.

Takkan nak adik beradik kita tu datang minta sedekah depan umah kita.

“Abang long, boleh tak bagi duit sikit untuk angah gunakan menguruskan mak? Angah dah banyak berhabis untuk diorang sampai angah takde duit dah ni…”

Sampai macam ni baru nak sedar?

Ada Duit Atau Ada Masa Untuk Jaga Mak Ayah

Kalau takde duit, make sure ada masa. Kalau takde masa, make sure ada duit.Kalau takde masa dan duit, maka jangan balik bila pembahagian faraid.

Sibukkan diri macam mana sibuknya kita untuk menjaga orang tua sendiri. bagi harta orang tua kat adik beradik yang menjaga mereka diakhir usia mereka tu sahaja.

Kita jangan tuntut apa-apa..boleh?

Mana boleh, harta banyak kot, ini tidak adil. Jadi, pastikan kita boleh cari jalan untuk berbakti sebagai seorang anak. Jangan lepas tangan dan jangan hanya muncul bila orang tua dah tiada.

Muncul pun sebab harta…bukan sebab betul-betul ikhlas nak jaga mak ayah. Ingat pesan ni.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita yang masih ada mak ayah. Ada benarnya, seharusnya tanggungjawab menjaga dan menguruskan mak ayah yang dah tua tak perlu diingatkan, sendiri kena sedar. Bertimbang rasalah. Jika tak mempunyai masa, sumbangkan wang ringgit pada anak adik beradik yang mampu menjaga untuk keperluan mereka.

Sumber: Firdaus Shakirin

Jaga Mak Ayah Dah Tua Tak Perlu Diingatkan, Kalau Tiada Masa Sediakan Keperluan Lain! 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here