Home All Keluarga Tak Perlu Malu Bila Jadi Ibu Tunggal, Perempuan Ini Kongsi Pengalaman Bercerai...

Tak Perlu Malu Bila Jadi Ibu Tunggal, Perempuan Ini Kongsi Pengalaman Bercerai Di Usia Muda.

5868
3
ibu tunggal

Tak Perlu Malu Bila Jadi Ibu Tunggal, Perempuan Ini Kongsi Pengalaman Bercerai Di Usia Muda. | Secara logiknya sudah pasti semua mengharapkan kebahagian dan keceriaan dalam sesebuah rumahtangga. Mana ada rumahtangga yang tidak ada ujian. Namun begitu, tidak semua pasangan yang bernasib baik dalam mengharungi pasang surut rumahtangga yang mana diakhiri dengan perpisahan.

Bila lebih banyak kesakitan dan kesedihan yang dialami seseorang itu berbanding kebahagiaan, tak salah kalau dilepaskan sahaja. Harus diingat bahawa jodoh merupakan perkara yang tidak diduga kerana ia merupakan perancangan Allah SWT yang tidak diketahui oleh hambaNya.

Ayu merupakan seorang ibu tunggal beranak satu pada usia yang sangat muda iaitu 24 tahun. Ayu telah berkongsikan liku-liku kehidupannya sebagai seorang janda muda yang mana terpaksa berpisah dengan anaknya untuk mencari nafkah, difitnah oleh bekas suami dan macam-macam lagi.

Kisahnya telah mendapat lebih 9 ribu retweets kerana boleh dijadikan sumber inspirasi lebih-lebih lagi kepada ibu-ibu tunggal diluar sana.

ibu tunggal

Aku fikir fikir apa benda aku buat sampai dia cakap macam tu? Rupanya on the other side aku dapat sendiri cerita sampai kat telinga aku. GF dia (sekarang tunang) bagitahu kawan aku yang ex aku dapat tangkap aku kena tangkap basah dengan lelaki lain SEWAKTU AKU MASIH ISTERI DIA.

Mula-mula aku ingatkan tunang dia cakap macam tu cuma untuk melagakan aku dengan ex aku makin teruk. Tapi setelah disiasat, tidak. Dengarnya, tunang dia dengar dari family ex aku sendiri siap ada bukti gambar katanya.

Aku diam. Aku masih anggap ni cerita bodoh bodoh aku dengar dari mulut ke mulut. Aku masih tak percaya ex aku fitnah aku macam tu. Sampailah lawyer aku call aku. Ayu, sorry saya nak tanya sikit personally. Awak pernah kena tangkap basah dengan lelaki lain ketika awak bersama ‘dia’ ke?”

Waktu ni, baru aku rasa betul-betul hancur. Hati aku bersepai. Sampai hati kau.

Aku jawab, “Takde Puan. Puan boleh check record di pejabat agama. Saya yakin tiada.” Jadi siasatan berlaku. Alhamdulillah. Tak ada Soalan tu terpacul sebabkan ex aku sendiri cakap dengan lawyer dia aku kena kantoi. Maybe dia berniat nak pinned aku supaya aku tak dapat ambil anak aku.

Itu jelah dari dulu. Nak ambil anak. Dulu aku pregnant tak sibuk pun kisah.
Dan macam macam lagi fitnah untuk aku, aku dengar lepas tu. Family dia fitnah aku ada lelaki lain waktu aku tengah pregnant, fitnah aku berdating waktu aku kursus cikgu. Macam-macam. Waktu jadi ibu tunggal ni lah fitnah macam ni aku hadap.

Aku sabar je. Orang datang kat aku, kata ex aku hisap batu. Aku tak percaya. Aku kata aku kenal ex aku. Dia tak macam tu. Orang kata ex aku layan barang, aku tetap tak percaya. Dan aku masih tak percaya sampai sekarang. Siapa cakap je aku akan kata, “Jangan memandai fitnah.”Sebab aku taknak dia kena fitnah. Biar dia dicakap atas salah apa dia buat. Jangan atas apa yang dia tak buat. Aku bukan sifat aku je betul. Taknak. Aku tak macam tu. Kalau aku salah, pun aku kata aku salah.

Berhadapan dengan orang baru untuk aku berkenalan. Aku beruntung BF aku ni dah tahu pasal aku ibu tunggal. So aku tak perlu try hard untuk bagitahu dia.

Awal-awal BF aku nak get along dengan anak aku susah sikit sebab anak aku takut orang waktu tu. Tapi kitorang rajin keluar bertiga sama-sama. So kat situ BF aku pun usaha juga ambil hati anak aku. Sekarang? Anak aku panggil dia Ayah. BF aku dah sayang anak aku macam anak dia sendiri inshaAllah.

“Jom yang balik tengok ‘anak kita’.”  Rahmat betul. Jadi ibu tunggal ni banyak kena jaga. Lagi-lagi mata orang. Orang akan anggap kau antara dua je, yang terhina atau yang dihina. Kalau orang lukakan aku dengan cakap benda bukan-bukan, senang je aku cakap, “Semoga kau tak jadi janda macam aku dan semoga kau tak menjandakan isteri kau.”

Aku takde masa nak melayan benda remeh-remeh orang update kutuk aku kat Facebook, update kutuk aku kat Instagram, kat Twitter. Aku tak follow toxic people like this. Kalau ada orang sampaikan, aku akan kata BIARKAN MEREKA.

Berdolak dalih aku percaya dugaan aku dah lepas. Mereka yang mengata belum tahu lagi nasib mereka macam mana.Ntah kahwin 3 bulan laki kahwin baru. Who knows??Ntah kahwin 4 tahun takde anak laki bosan cari orang baru. Who knows?

Aku tak rasa jadi ibu tunggal di usia 20an macam aku ni adalah satu benda yang hina. Tak ada orang yang kahwin untuk pisah. Semua orang kahwin nak kekal sampai syurga. Tak ada orang kahwin untuk derita. Semua orang kahwin untuk bahagia.

Aku tak minta pisah muda. Aku tak minta takdir aku macam ni. Tapi aku fikir apa? Kenapa aku putuskan? Sebab aku nak ada a better life. Aku taknak sangkut dalam marriage yang tak happy. Tak ada apa yang salah pun jadi ibu tunggal di usia muda. Tak ada yang hina pun jadi ibu tunggal muda.

Untuk mentally, siapa yang ada kawan nak lalui process penceraian, rapatlah dengan dia selalu. Ada dengan dia selalu. Aku sendiri dah berapa kali fikir nak bunuh diri. Depression? Tipu lah kalau tak pernah. Aku dah fikir nak bunuh dari satu hari tu. Lepastu aku teringat anak aku.

Mana boleh. Nanti bapak dia besarkan dia sorang je, anak aku jadi apa besar nanti? Ah. Mana boleh!Jadi aku terus lupakan niat tu. Aku cuma nak kerja sungguh sungguh cari rezeki untuk anak aku. Aku nak anak aku masuk sekolah bagus bagus. Aku nak anak aku bangga ada bonda macam aku. Aku nak anak aku berjaya depan mata aku dan sebabkan aku. Sebab doa aku sebagai bonda dia.

Life’s too short to give up. Anak aku layak have a better life than mine. Anak tu memang punca kekuatan. Kalau dia takde, aku memang dah 7 kaki dalam lah cerita dia. Everyday sebelum tidur aku pasang niat yang esok aku nak berjaya. Untuk anak aku.

Slowly job make-up aku pun masuk masuk masuk kat JB ni.Rezeki ibu tunggal ni besar. Jangan takut nak bergerak. Aku husnudzon je sampai bila aku boleh bertahan kuatkan semangat. Aku pun manusia biasa kadang rapuh. Tapi jarang sekali nak nampak aku menangis.

BF aku pun susah nak tengok aku nangis bila aku sedih. Sebab bila aku sedih, aku marah dia. Aku punya nak fade kan rasa sedih tu aku balas dengan marah orang. Nasib baik BF aku sangat penyabar sifatnya. Kena marah pun, “Takpe Nua, sabar.” gosok dada dia sendiri. Benda macam tu dari aku nak marah betul-betul jadi nak tergelak pun ada.

Aku marah cuma muka kerut kerut suara naik turun je. Aku tak maki-maki. Marah mengada. So anyway, jangan takut nak confront kau tu ibu tunggal. 2018, ramai lelaki & parents yang minda dia dah terbuka luas untuk menerima orang macam kita.

Tak Perlu Malu Bila Jadi Ibu Tunggal, Perempuan Ini Kongsi Pengalaman Bercerai Di Usia Muda. 1

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here