Home All Isu Semasa Jabatan Agama Dipersoalkan Kerana Menangkap Khalwat Dengan Cara Yang Salah. Ini Kenyataan...

Jabatan Agama Dipersoalkan Kerana Menangkap Khalwat Dengan Cara Yang Salah. Ini Kenyataan Dari Pejabat Agama Tersebut

5054
1
Jabatan Agama Dipersoalkan Kerana Menangkap Khalwat Dengan Cara Yang Salah. Ini Kenyataan Dari Pejabat Agama Tersebut

Jabatan Agama Dipersoalkan Kerana Menangkap Khalwat Dengan Cara Yang Salah. Ini Kenyataan Dari Pejabat Agama Tersebut | BAHAGIAN Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) kesal dengan penyebaran berita yang mendakwa jabatan berkenaan menganiayai seorang wanita dengan tuduhan berkhalwat.

Isu terbabit menjadi perhatian dalam kalangan warganet sejak pagi selepas wanita terbabit mendakwa ditahan atas tuduhan berkhalwat dengan seorang lelaki di rumahnya di daerah Besut, semalam.

Wanita terbabit mendakwa dituduh berkhalwat dengan lelaki yang mengaku ahli keluarga sedangkan ketika kejadian terdapat suami dan kakaknya serta empat kanak-kanak termasuk dua anaknya.

BACA: Sekufu Itu Penting,Kalau Isteri Jadi Bos, Suami Jangan Lupa Beri Nafkah Ya.

khalwat

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Syariah JHEAT Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya sedia maklum dengan status dibuat mangsa di Facebook pagi tadi dan mengesahkan melakukan serbuan jam 11.20 malam.

Katanya, serbuan dilakukan hasil aduan dan risikan terdapat seorang lelaki yang kerap keluar masuk di rumah berkenaan.

“Ketika serbuan, terdapat lapan orang termasuk empat kanak-kanak di dalam rumah berkenaan dan kita menahan dua wanita yang juga pasangan adik-beradik dan seorang lelaki yang didakwa adik angkat kepada dua beradik itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Adnan berkata, pihaknya sedia maklum penahanan wanita berusia 30 tahun bersama adik lelaki angkatnya berusia 28 tahun menimbulkan pelbagai reaksi memandangkan suami wanita terbabit turut berada di rumah sama selain terdapat kakaknya yang berusia 40-an.

Jabatan Agama Dipersoalkan Kerana Menangkap Khalwat Dengan Cara Yang Salah. Ini Kenyataan Dari Pejabat Agama Tersebut 1

Katanya, pihaknya melakukan serbuan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) JHEAT sendiri dan penahanan itu dilakukan dengan mengambil kira pelbagai faktor.

“Wanita dan adik angkat itu ditahan atas kesalahan khalwat manakala kakak kepada wanita terbabit pula ditahan kerana bersubahat.

“Kita tidak nafikan suaminya ada di rumah berkenaan dan mereka mendakwa lelaki terbabit anak angkat kepada keluarga mereka namun ia tetap menjadi kesalahan kerana mereka bukan mahram apatah lagi suami wanita terbabit mengalami masalah kesihatan,” katanya.

Dalam hal ini, Mohd Adnan berkata, masyarakat tidak boleh menganggap ia tidak menjadi kesalahan sekiranya di dalam rumah berkenaan terdapat ahli keluarga yang ramai.

Katanya, apabila terdapat lelaki yang bukan mahram, ia juga menimbulkan syak yang menjadi kesalahan.

Jabatan Agama Dipersoalkan Kerana Menangkap Khalwat Dengan Cara Yang Salah. Ini Kenyataan Dari Pejabat Agama Tersebut 2

“Dalam kes ini, JHEAT sudah membuat risikan sebelum mengambil tindakan dan bukannya sewenang-wenangnya mengambil tindakan sedemikian.

“Kes ini masih dalam siasatan dan kita harap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dengan kes disiasat mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu khalwat dan Seksyen 55 enakmen sama kerana penyubahatan,” katanya.

Sumber : Harian Metro 

Baca Selanjutnya

Jabatan Agama Dipersoalkan Kerana Menangkap Khalwat Dengan Cara Yang Salah. Ini Kenyataan Dari Pejabat Agama Tersebut 3

1 COMMENT

  1. yang jadi tanda tanya pertanyaan pegawai penguatkuasa terhadap yang di tangkap berkaitan perhubungan nya dengan keluarga mertua seolah ada campur tangan dari pihak lain . jika undang undang di kuatkuasa hanya ikut tulisan pemandu teksi bawa penumpang perempuan malam hari bolih lah dituduh khalwat sebab undang undang telah menentukan niat seseorang bukan nya pesalah itu .ini pendapat saya ikut logikal sahaja .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here