Home All Isu Semasa Itali Tamatkan Perintah ‘Lockdown’ Selepas 2 Bulan, Bandar Kini Kembali Sesak Dengan...

Itali Tamatkan Perintah ‘Lockdown’ Selepas 2 Bulan, Bandar Kini Kembali Sesak Dengan Orang Ramai

5329
0
Itali Tamatkan Perintah ‘Lockdown’ Selepas Dua Bulan, Bandar Kini Kembali Sesak Dengan Orang Ramai

Itali kini berjaya menamatkan perintah berkurung dalam negara paling lama di dunia selepas China.

Pada Isnin lalu, seramai 4.5 juta penduduk kembali bekerja semula selepas perintah berkurung yang mengambil masa lebih dua bulan itu ditamatkan.

Negara ini merupakan negara kedua paling teruk terkesan akibat pandemik COVID-19.

Selepas Amerika Syarikat, negara ini merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan hampir 29,000 kematian manakala 210,000 kes jangkitan. Itali menjadi yang terawal melaksanakan perintah berkurung bermula pada 9 Mac lalu selepas jumlah kematian yang diterima meningkat secara mendadak.

Sektor pembinaan, syarikat borong dan pembuatan mula mengalu-alukan pekerja kembali bekerja pada hari Isnin lalu. Kebanyakan aspek lain dalam kehidupan penduduk Itali tidak lagi sama seperti dahulu. Restoran sudah dapat dibuka semula namun makanan hanya boleh dibungkus dan dibawa pulang.

Perlu bawa dokumen keluar

Itali

Taman-taman juga dapat dibuka semula dengan langkah-langkah penjarakan sosial di mana orang ramai dapat bergerak lebih dari 200 meter dari rumah mereka. Pemerintah akan terus menguatkuasakan garis panduan jarak sosial dan setiap individu masih diminta untuk membawa dokumentasi yang menyatakan mengapa mereka keluar dari rumah mereka.

Perdana Menteri, Giuseppe Conte minggu lalu mengatakan bahawa penduduk bebas untuk mengunjungi saudara-mara di dalam wilayah yang sama. Beliau turut meminta orang ramai meningkatkan tanggungjawab peribadi dan akan ada lebih banyak peluang untuk penyakit ini merebak kembali di bawah sekatan yang semakin mereda.

Masih belum bebas COVID-19

Itali

Walaupun perintah berkurung sudah ditamatkan, ianya bukan bermaksud negara ini kini sudah bebas sepenuhnya dari wabak COVID-19 ini. Pada Ahad lalu, negara ini menerima 174 kematian di mana ianya merupakan angka terendah kematian sejak perintah berkurung dilaksanakan.

Namun, sehari sebelum itu Itali mencatatkan peningkatan drastik kematian sebanyak 474 kes pada Sabtu lalu. Pemakaian topeng muka ketika ini adalah diwajibkan dan ada juga yang perlu memakai sarung tangan ketika di tempat awam. Menteri kesihatan, Roberto Speranza mendesak orang ramai untuk tetap berhati-hati pada fasa kedua ini.

Itali

Tempoh yang lebih sukar akan datang selepas ini kerana orang ramai sudah kembali bergerak ke sana sini. Oleh itu, sangat penting untuk orang ramai patuh pada peraturan yang ditetapkan. Hanya itu saja boleh menyelamatkan negara kita.

Pembukaan semula Itali ini bukan sahaja memberikan kegembiraan pada penduduk mereka malah ketakutan masih lagi membelenggu mereka. Ekonomi Itali – ketiga terbesar zon euro tahun lalu dijangka menyusut lebih banyak berbanding mana-mana tahun sejak kemurungan global pada tahun 1930-an.

Suatu tinjauan oleh Institut Piepoli menunjukkan 62 peratus orang Itali berpendapat bahawa mereka akan memerlukan sokongan psikologi untuk menghadapi dunia post-lockdown ini.

Artikel berkaitan: Datuk Bandar Itali Guna Dron Untuk Maki Penduduk Langgar Kuarantin, Malaysia Patut Gunakan Suara Azwan Ali!

Sumber

Baca Selanjutnya

Itali Tamatkan Perintah ‘Lockdown’ Selepas 2 Bulan, Bandar Kini Kembali Sesak Dengan Orang Ramai 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here