Home All Isu Semasa Isu Penolakan Kapal Etnik Rohingya, Malaysia Tidak Dapat Tampung Pertambahan Pelarian!

Isu Penolakan Kapal Etnik Rohingya, Malaysia Tidak Dapat Tampung Pertambahan Pelarian!

6598
2
Isu Penolakan Kapal Etnik Rohingya, Malaysia Tidak Dapat Tampung Pertambahan Pelarian!

Isu Penolakan Kapal Etnik Rohingya, Malaysia Tidak Dapat Tampung Pertambahan Pelarian!  | Kerajaan Malaysia sudah melampaui kemampuan sedia ada untuk menampung pelarian terutama sekali etnik Islam Rohingya, pada ketika ini.

Bahkan, terdapat sebahagian bandar di dalam negara sudah menjadi terlalu padat dengan kehadiran mereka dan sumber untuk menjaga kebajikan juga telah berkurangan, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penolakan kerajaan Malaysia terhadap kemasukan kapal yang membawa kira-kira 200 pelarian etnik Rohingya berikutan kebimbangan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu turut mengingatkan bahawa Malaysia sedang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang antara lain melarang pergerakan rakyatnya serta melarang warga asing dan kapal masuk ke negara ini, dengan tujuan untuk meredakan keluk pandemik.

BACA: TUDM Tumpaskan Cubaan Masuk 200 PATI Rohingya, Sempat Edarkan Makanan

“Menerima etnik Rohingya pada waktu seperti ini hanya akan membuka pintu sempadan yang menyebabkan lebih banyak warga asing dan kapal mendekati sempadan kita dan oleh itu menghalang untuk mencapai objektif utama kita – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ketidakmampuan Malaysia untuk menyambut lebih banyak pelarian dapat difahami terutama sekali apabila kita tidak dapat menjaga kebajikan mereka secara manusiawi tanpa meminta sumber dari negara lain. Kesejahteraan rakyat kita adalah keutamaan kita buat masa sekarang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pun begitu, Mohamad berkata, pihaknya menyedari akan keperluan penyelesaian jangka panjang terhadap krisis tersebut dan ia perlu melibatkan organisasi antarabangsa.  

“Melindungi etnik Rohingya buat sementara waktu bukanlah penyelesaian yang mampan bagi Rohingya dan negara tuan rumah. Dengan berlalunya hari, semakin banyak orang akan meminta perlindungan.  

“Di Malaysia sahaja, orang Rohingya dianggarkan sekitar 150,000, samada berdaftar dengan UNHCR mahu pun pendatang tanpa izin. Kemasukan Rohingya secara luar biasa akan terus meningkat sekiranya tidak ada penyelesaian tetap.

“Masalah Rohingya bukanlah masalah satu negara sahaja. Mereka bermati-matian meninggalkan kediaman mereka, menyeberangi lautan untuk mencari perlindungan dari negara lain hanya untuk dibawa ke sempadan lain,” katanya.

Beliau menegaskan, sudah tiba masanya agensi kemanusiaan antarabangsa dan NGO bersama-sama dengan ASEAN dan negara-negara maju lain untuk mencari jalan penyelesaian jangka panjang yang dapat membantu melindungi para pelarian dan memberi mereka kehidupan bermartabat sambil melindungi kepentingan negara.

etnik Rohingya

Malaysia Masih Menjaga Etnik Rohingya Sedia Ada

“Malaysia, dengan sokongan berterusan dari komuniti antarabangsa dan agensi kemanusiaan antarabangsa, akan terus menjadi tuan rumah kepada mereka yang sudah ada di negara ini.  

“Namun, mereka kemudian harus dipindahkan ke negara penerima dan rancangan untuk melaksanakan hal ini harus dibincangkan dan dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh oleh semua pihak yang berkepentingan,” katanya.

Sementara itu, katnya lagi, sebagai organisasi serantau, ASEAN tidak harus lagi menutup sebelah mata terhadap masalah ini dan perlu mula bekerjasama dengan Myanmar untuk memberi hak Rohingya untuk kembali dan terus hidup dengan aman di Rakhine.

“Keadaan ini akan berterusan dan Rohingya akan terus berada dalam keadaan selagi punca masalah tidak ditangani.  

“Setiap orang mesti memainkan peranan mereka untuk menyelesaikan krisis Rohingya, sepenuhnya,” katanya.

Baca Selanjutnya

Isu Penolakan Kapal Etnik Rohingya, Malaysia Tidak Dapat Tampung Pertambahan Pelarian! 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here