Home All Isu Semasa 2 Isu Besar Yang Berjaya Kerajaan Malaysia Selesaikan Sepanjang Pandemik COVID-19

2 Isu Besar Yang Berjaya Kerajaan Malaysia Selesaikan Sepanjang Pandemik COVID-19

2758
0
2 Isu Besar Yang Berjaya Kerajaan Malaysia Selesaikan Sepanjang Pandemik COVID-19

2 Isu Besar Yang Berjaya Kerajaan Malaysia Selesaikan Sepanjang Pandemik COVID-19 | Pandemik COVID-19 jika dilihat dari satu sudut yang lain sebenarnya banyak juga membawa kebaikan kepada Malaysia. Antaranya kerajaan berjaya menyelesaikan dua isu besar yang selama ini cuba dikawal namun agak kurang berjaya.

1. Isu PATI

Umum sedia maklum, Malaysia seakan syurga buat warga pendatang asing sama ada dengan izin mahupun tanpa izin untuk mencari rezeki. Melihat kepada lambakan kelompok mereka di Malaysia, rakyat Malaysia terasa seperti berada dalam satu daerah asing ketika melawat negara sendiri.

Banyak menguasai lokasi strategik sekitar Lembah Klang termasuk ibu kota, awal Disemberi tahun lalu, laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendapati kira-kira 95% pelancong dari China dan India yang melawat malaysia antara 2019 hingga 2018 tiada rekod tarikh keluar. Pengauditan itu juga mendapati data kira-kira 1.26 juta warga China dan 295,634 warga India masih diproses secara manual di bawah MyIMM.

Isu

Namun disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia membolehkan Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan operasi dengan kerjasama agensi keselamatan dan penguatkuasaan lain bagi memburu pendatang asing tanpa izin (PATI) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

BACA: Aktivis Sifatkan Operasi Sasar PATI Di Jalan Masjid India Sebagai ‘Tidak Berperikemanusiaan Dan Bodoh’

Tindakan yang boleh dikatakan sebagai ‘serampang dua mata’ ini bukan sahaja boleh membendung dan menyekat penularan wabak COVID-19 di Malaysia tetapi juga ‘membersihkan’ Malaysia daripada golongan ini.

Sama juga seperti yang berlaku di Pasar Borong Selayang yang selama hampir 20 tahun dimonopoli warga asing yang kononnya kebal dengan peraturan dan perundangan Malaysia.

2. Isu Gelandangan

Isu gelandangan bukanlah suatu isu yang baharu dalam begara kita. Namun sejak beberapa tahun belakangan ini, ianya telah menjadi satu masalah sosial yang semakin berleluasa.

Peningkatan kos sara hidup, kemiskinan, hidup sebatang kara, mempunyai masalah keluarga dan sebagainya menjadi punca mereka ini bergelar gelandangan.

Namun sejak COVID-19 melanda negara, seramai lebih 800 gelandangan di ibu kota berjaya diselamatkan dan bakal diberikan kerja tetap sesuai dengan kemahiran mereka selepas PKP berakhir.

2 Isu Besar Yang Berjaya Kerajaan Malaysia Selesaikan Sepanjang Pandemik COVID-19 1

Kesemuanya akan disaring sebelum diberikan latihan serta kursus suai kenal pendek untuk diberikan pekerjaan secara bergaji.

BACA: 800 Gelandangan Akan Diberikan Kerja Tetap Selepas Tempoh PKP Berakhir

Dengan kerjasama beberapa buah syarikat dan penaklukan Jabatan Tenaga Kerja, gelandangan yang berada di empat dewan pusat transit di bawah kendalian Pusat Pengurusan Krisis (CMC)Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kesihatan ini sedia diambil bekerja sekiranya sesuai bagi mereka yang sihat tubuh badan dan berada dalam kategori produktif; boleh dilatih untuk bekerja.

Tanpa sedar, jika dilihat dari sudut positif, dua isu besar negara ini antara yang berjaya diselesaikan meskipun bukan sepenuhnya namun sebahagian besar daripadanya.

BACA: Bersediakah Kita Dengan NEW NORM Selepas PKP Berakhir? Doktor Kongsi Pandangan

2 Isu Besar Yang Berjaya Kerajaan Malaysia Selesaikan Sepanjang Pandemik COVID-19 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here