Isteri Wajib Diberikan Upah Jika Suami Ingin Pasangan Menjaga Ibu Bapanya Yang Uzur

0
226
upah

Isteri Wajib Diberikan Upah Jika Suami Ingin Pasangan Menjaga Ibu Bapanya Yang Uzur | Kita ni kan, kalaulah kita ada anak yang ramai misalnya ada 11 orang anak, namun apa gunanya memiliki anak yang ramai TAPI bila kita mati nanti tak ada sorang anak pun yang sudi untuk mendoakan keampunan dan kesejahteraan untuk kita.

Tak ada sorang anak pun yang nak sedekahkan untuk kita, nak hajikan kita, nak fidyahkan kita, nak warisi ilmu kita.

Dalam erti kata lain , apa manfaat yang kita dapat dari memiliki anak yang ramai tapi selepas kita mati kelak tak sorang anak pun yang boleh beri kita manfaat.
Keadaan ini serupa seperti orang yang berkahwin tapi tak ada anak (mandul).

upah

Dosa besar derhaka terhadap kedua orang tua

Ini turut ditekankan Rasulullah SAW yang menjelaskan antara salah satu dosa besar, selain mensyirikkan Allah SWT adalah bagi orang derhaka terhadap kedua orang tua.

Rasulullah SAW bersabda: “Adakah kalian mahu aku beritahu mengenai dosa besar?” Sahabat kemudian menjawab: “Kami mahu, wahai Rasulullah SAW.” Rasulullah berkata: “Menyekutukan Allah SWT dan derhaka kepada orang tua.” (HR Bukhari dan Muslim)

Begitu juga dalam situasi suami ingin menjaga ibu bapanya yang sakit, jatuh hukum haram kepada isteri yang tidak membenarkannya.

Bagaimanapun, keadaan berbeza bagi menantu perempuan yang tidak diwajibkan menjaga ibu bapa suami yang sedang sakit.

“Tanggungjawab menjaga ibu bapa suami yang sakit terletak sepenuhnya kepada tangan suami tetapi boleh berbincang dengan isteri atau jika mampu sediakan pembantu rumah bagi meringankan tugasan isteri atau memberikan upah kepada isteri kerana membantu menjaga ibu bapa mertua yang uzur.

Isteri Perlu Diberikan Upah Menjaga Ibu Bapa Suami Yang Uzur

“Mengikut hukum, isteri wajib diberikan upah jika suami ingin pasangan menjaga ibu bapanya yang uzur.

Jangan sesekali bertindak melabelkan menantu perempuan yang menolak menjaga mentua sebagai kejam atau tidak berhati perut kerana ia hukum asas dalam agama.

Amat pelik bagi sikap sesetengah pasangan suami atau isteri yang sengaja tidak mahu menjaga ibu bapa masing-masing.

“Hierarki membezakan ibu bapa kandung dan mentua sebenarnya tanpa berasaskan dalil sahih daripada al-Quran dan hadis, sekali gus mendorong kita berpecah-belah, bertelagah, terlalu berkira serta saling cemburu dan meragut sifat kasih-sayang mukmin sebenar,” katanya.

Apabila diuji menjaga ibu bapa sakit, apa lebih penting adalah melakukan persiapan mental dan emosi dengan rapi. Termasuk juga persediaan kewangan dan menjaga hati pasangan. Memberi upah sepatutnya bukan kerana kewajipan tetapi ihsan isteri yang sanggup mengurangkan tanggungjawap suami dalam menjaga kedua orang tuanya.

Ibu bapa yang tinggal bersama perlu diutamakan keselesaan mereka dengan menyediakan keperluan sepatutnya termasuk tempat tidur kondusif dan aktiviti harian yang diisi dengan perkara bermanfaat.upah jaga orang tua

Perbuatan mencela, menghamburkan kata kesat atau memperlekehkan ibu bapa atau mentua perlu dielakkan dengan sentiasa mengingati azab Allah SWT kepada setiap hamba-Nya yang derhaka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here