Home All Keluarga Kenapa Isteri Suka Tag Suami Di Media Sosial? Ini Sebabnya Suami Kena...

Kenapa Isteri Suka Tag Suami Di Media Sosial? Ini Sebabnya Suami Kena Tahu

1850
2
tag suami

Kenapa Isteri Suka Tag Suami Di Media Sosial? Ini Sebabnya Suami Kena Tahu | Kegunaan media sosial sudah menjadi keutamaan dalam masyarakat kita. Selain dapat menrapatkan hubungan yang jauh, media sosial menjadi platform bagi mendapatkan pelbagai ilmu pengetahuan termasuk bab keibubapaan.

Tidak hairanlah ramai yang memilih untuk berkongsi info yang sama dengan pasangan. Justeru,berderet nama pasangan di tag di ruangan info berkenaan.

Namun, ada sesetengah orang berpendapat cara itu seolah-olah menjatuhkan air muka pasangan. Terutama sekali jika ia berkaitan dengan hal yang boleh menjatuhkan aib. Tak kurang juga yang berpandangan kaedah itu salah satu cara setiap pasangan berkomunikasi dalam berkongsi ilmu untuk rumah tangga mereka.

Sebenarnya ia terpulang kepada individu atau pasangan tersebut untuk menerima ia secara berlapang dada atau sebaliknya. Bila faham benda ni insyaAllah rumah tangga akan makin harmoni dan bila isteri kita duk tag suami pun kita boleh tersenyum seorang diri! Dr Taufiq Razif berkongsi ilmu dan info berkenaan hal ini.

tag suami

“Aduh! Kenapa la wife aku asyik tag je ni!” Ni la yang saya rasa dulu bila isteri saya asyik duk tag saya di komen dan post Facebook orang lain. Tapi bila fikir dalam dalam balik..

Aduh! Menyesalnya la saya duk marah marah dulu. Kenapa? Sebab daripada situ la saya boleh kenal isteri saya dengan lebih mendalam! Tag suami adalah sejenis komunikasi si isteri kepada si suami! Daripada komunikasi si isteri la si suami boleh belajar banyak benda tentang personaliti dan diri seorang isteri.

Kenapa Isteri Suka Tag Suami Di Sosial Media

Sebab tu la kita kena tahu dulu KENAPA la si isteri suka tag tag suami :

Mereka nak bagitahu isi hati mereka

▪️Perempuan ni tak macam lelaki yang boleh je cakap direct apa yang diorang. Perempuan ni sejenis makhluk yang banyak berkias dan suka sangat menggunakan maksud tersirat

▪️Tag tu salah satu maksud tersirat isteri kita. Cuma tu la cabaran bagi kaum lelaki. Kalau dia tag kat satu artikel, kita terpaksa buat ‘speed reading & skimming’ la untuk tahu baris ke berapa ayat tersirat yang isteri kita cuba sampaikan tu 😅

Mereka nak kita yang pilih

▪️Isteri kita ni jenis yang banyak mahunya. Memang itulah fitrah perempuan. Kita lelaki ni sebagai ‘provider’ mereka. Itulah kenapa kita fokus bekerja. Sebab kita termotivasi untuk ‘provide’ mereka!

▪️Cuma disebabkan kuasa ‘decision-making’ ni banyak berada di tangan kita, jadi isteri kita berbaik hati la nak kita buat keputusan untuk pihak mereka. Alhamdulillah, bila kita syukuri benda ni akan banyak konflik yang takkan terjadi dalam rumahtangga kita nanti

Mereka nak kebaikan untuk kita

▪️ Kadangkala mereka tahu je kita lelaki ni jenis malas membaca atau terlalu fokus pada kerja. Jadi dengan tag suami sekali sekala tu mereka harapkan kita topup la juga ilmu di dalam dada

▪️Mana boleh ilmu kita masa masih di awal usia perkahwinan sampai la di hujung usia duk sama tak berubah apa apa! Kena la topup dari semasa ke semasa!

Mereka tengah perli kita

▪️Kadangkala perli di depan muka ni boleh jadi konflik dan pergaduhan. Jadi si isteri perli perli manja dengan tag suami mereka la supaya konflik tu takde la besar sangat. Cuma tu lah. Kena pastikan si suami okey dan jangan sampai jatuhkan air muka je la

▪️Bila dah kena perli yang manja dan ringan ni suami kena cakna dan sensitif la. Cepat-cepat kena sedar dan selesaikan masalah sebelum perlian tadi bernanah dan membusuk di dalam dada!

Mereka nak luah je

▪️Kadang-kadang si suami sibuk sangat bekerja sampaikan komunikasi dalam rumahtangga pun dah jadi kurang. Dengan tag suami sekali sekala ni diharapkan si suami tu dapat la baca dan dapat faham la betapa rindu dan kasihnya si isteri tu kepada suaminya. Bila faham benda ni insyaAllah rumah tangga akan makin harmoni dan bila isteri kita duk tag kita pun kita boleh tersenyum seorang diri!

p/s : Cuba tag pasangan kita di ruangan komen beramai ramai. Biar pasangan kita jadi makin kenal personaliti dan psikologi diri kita sendiri

Kenapa Isteri Suka Tag Suami Di Media Sosial? Ini Sebabnya Suami Kena Tahu 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here