Home All Isu Semasa Isteri Mengidam Abang Posmen Terpaksa Tulis Nota Minta Buah Mangga Dari Tuan...

Isteri Mengidam Abang Posmen Terpaksa Tulis Nota Minta Buah Mangga Dari Tuan Rumah

2352
0
Isteri Mengidam Abang Posmen Terpaksa Tulis Nota Minta Buah Mangga Dari Tuan Rumah

Isteri Mengidam Abang Posmen Terpaksa Tulis Nota Minta Buah Mangga Dari Tuan Rumah | Dalam melalui proses kehamilan, para suami sudah tentu berusaha sedaya upaya bagi memenuhi permintaan isteri yang sering mengidam sesuatu makanan atau benda.

Itu yang dilakukan seorang posmen, Mohammad Zulhelmy Ibrahim yang sanggup meminta buah mangga di rumah salah seorang pelanggan bagi isterinya yang mengidam pada minggu lalu.

Lelaki berusia 26 tahun berkata isterinya Afrah menyuarakan hasrat tersebut sebelum dia teringat pokok mangga di rumah pelanggan di Puchong, Selangor.

Isteri Mengidam Buah Mangga Segar

“Dia nak buah mangga segar. Sebenarnya dah selalu hantar barang ke rumah tu. Saya pun ada nombor telefon pemilik rumah tapi tak terfikir nak hantar mesej.

“Masa hantar barang ke rumah tu lagi sekali, saya tulis nota kat parcel untuk minta buah mangga kerana isteri mengidam. Esoknya saya lalu lagi sebab kawasan tu memang kawasan penghantaran saya,” katanya.

Menurut Zulhelmy, tiba-tiba ada kertas nota dilekatkan di peti surat daripada pemilik rumah yang telah menyediakan mangga di rak depan rumah.

Tindakan murni pemilik rumah itu sekali gus menggembirakan hati isterinya yang sarat hamil anak pertama dengan usia kandungan mencecah tujuh bulan.

Tambah Zulhelmy, dia tidak pernah bertemu dengan keluarga atau pemilik rumah tersebut namun berterima kasih kerana bermurah hati dan dapat menunaikan hasrat isteri mengidam buah mangga.

isteri mengidam

BACA JUGA: Tengah Menanti Cahaya Mata Sulung? Nah, Checklist Penting Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang

Isteri Mengidam Abang Posmen Terpaksa Tulis Nota Minta Buah Mangga Dari Tuan Rumah 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here