Home All Keluarga Isteri Luah Perasan Suami Ketagih Ketum, Warganet Bidas Jangan Aibkan Suami!

Isteri Luah Perasan Suami Ketagih Ketum, Warganet Bidas Jangan Aibkan Suami!

2017
1
Isteri Luah Perasan Suami Ketagih Ketum, Warganet Bidas Jangan Aibkan Suami!

Isteri Luah Perasan Suami Ketagih Ketum, Warganet Bidas Jangan Aibkan Suami! | JIKA sudah tiada siapa untuk mengadu, kita sering kali mencurahkan isi hati menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter mahupun Instagram.

Selain luahan rasa, pelbagai persoalan yang diajukan juga biasanya akan menerima maklum balas serta pendapat berbeza-beza daripada warga maya.

Begitu juga dengan perkongsian ringkas ini oleh seorang wanita menerusi grup Facebook Saya Anak Perlis.

Suami Ketagih Air Ketum

“Apa perasaan anda para isteri bila lepas kahwin baru tahu suami tercinta ketagih ketum?” soalnya ringkas.

Soalan itu ternyata mengundang reaksi orang ramai sehingga ia dikongsi hampir 2,000 pelayar Facebook. Malah, ia juga dihujani lebih 880 komen sejak dimuat naik pada Sabtu.

ketum

Rata-rata netizen memberi reaksi pelbagai, termasuklah yang berjenaka mengenainya.

Ujar seorang pelayar Facebook, seseorang itu perlu mengetahui latar belakang pasangan mereka sebelum meneruskan hubungan ke peringkat lebih serius.

Jika tidak, mereka pastinya akan menyesal di kemudian hari apabila sifat sebenar hanya terbongkar setelah mendirikan rumah tangga.

Nasihat elok-elok, perlahan-lahan untuk berhenti. Bagi peluang. kalau tak berubah, kena pilih keputusan yang tepat.

NETIZEN

“Sebab itu jangan jumpa terus bercinta lepas tu kahwin tanpa kita tahu latar belakangnya yang sebenar.

“Bila dah kahwin kena telan pahit maung sebab kita yang pilih sendiri tak boleh nak salahkan sesiapa betul tak?” ujar seorang individu.

“Kalau suami ketagih ketum pun, tak perlu kot heboh or tanya pendapat dalam media sosial. Aib seorang suami dan syurga isteri tu. Usaha cari penyelesaian lain daripada tanya pendapat macam tu. Renung-renunglah wahai si isteri,” tegur seorang lagi individu.ketum

Ramai memberi pendapat berbeza mengenai apa yang diutarakan wanita itu.

“Nasihat elok-elok, perlahan-lahan untuk berhenti. Bagi peluang. kalau tak berubah, kena pilih keputusan yang tepat.

“Tak apa perlahan-lahan bagi nasihat suruh berhenti. InsyaAllah sambil berdoa pada Allah,” tulis beberapa netizen.

BACA: Isteri Berleter Ke Anak Sebenarnya Banyak Point Tuju Ke Suami. Betul Ke?

Selain itu, ada yang turut memberi cadangan agar mana-mana isteri dalam situasi itu membuat laporan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Jika anda pula berada dalam situasi sama, apa yang akan anda lakukan?

Baca Selanjutnya

Isteri Luah Perasan Suami Ketagih Ketum, Warganet Bidas Jangan Aibkan Suami! 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here