Isteri Makan Hati Kena Tanggung Keluarga, Suami Pula Lebihkan Keluarga Sendiri

0
775
tanggung keluarga

Beruntungnya suami bila isteri tidak berkira dalam tanggung keluarga dari segi perbelanjaan bulanan. Sekurang-kurangnya boleh mengurangkan beban suami. Bagaimana pula jika suami mengharapkan isteri dalam perbelanjaan keluarga, sedangkan dia lebihkan kepada keluarga sendiri.

Pada fikirannya, isteri mampu menanggung semuanya. Apa yang patut dilakukan agar keadaan ini tidak dibiarkan berterusan dan suami pula sesuka hati lebihkan keluarga sendiri. Ikuti kupasan lebih lanjut topik ini bersama Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Business Forencic Psychologist Grand Master Hypnotherapist dari Practice Training & Consultancy di Asia Barat.

Bagi suami yang sangat mementingkan kekeluargaan, perbelanjaan tetap diutamakan, bukan untuk isteri dan anak-anak tetapi ibu bapanya sendiri. Baginya, sebagai anak lelaki, itu adalah haknya untuk menanggung keperluan ahli keluarga yang selama ini membesarnya.tanggung keluargaLebih menyedihkan lagi, apabila ada keperluan keluarga sendiri diutamakan sedangkan
perbelanjaan untuk isteri dan anak-anak diambil sambil lewa dan mengharapkan pada isteri, memandangkan isteri turut bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri. Kesannya, isteri ‘makan hati’ dengan sikap suami yang lebihkan pada keluarganya sendiri dan lepas tanggung keluarga pada isteri.

Keutamaan Anak Lelaki

Bagi anak lelaki yang melebihkan keluarganya dahulu, iaitu ibu bapa ia adalah pilihan. Ini
kerana kemungkinan anak lelaki tersebut adalah anak harapan ibu bapanya, anak manja atau anak kesayangan. Dia sanggup menyenangkan ibu bapanya dahulu daripada anak-anak dan isterinya.

Anak lelaki ini sanggup menyuruh isterinya yang bekerja tanggung keluarga mereka dengan mengeluarkan perbelanjaan untuk anak dan persedian hari raya. Cara begini adalah salah, walaupun isteri itu bekerja, duit gajinya adalah duitnya dan suami harus bertanggungjawab di atas perbelanjaan isteri dan anak- anaknya.

Suami hendaklah adil dan berperi kemanusiaan di dalam menyuruh isterinya mengeluarkan duit untuk keluarga kecuali ia telah dipersetujui bersama. Dalam erti kata perbelanjaan kesemua hal anak, isteri dan rumahnya adalah tanggung jawab suami.

Jangan Mengambil Kesempatan Bila Isteri Tanggung Keluarga

Dalam hal begini, suami mengambil kesempatan dengan menyuruh isterinya mengeluarkan belanja rumah demi membantu tanggung keluarga, di mana ia tidak sepatutnya berlaku dan melanggar peraturan berkahwin.

Disebabkan isteri bekerja, semua hal rumah dan anak diserahkan pada isteri dan dia ingin
menunjukkan pada ibu dan bapanya yang dia berbelanja persiapan dan kesenangan untuk keluarga ibu bapanya. Semua ini adalah tidak adil. Sudah tentu isteri cepat merasa dan menangkap perasaan itu seperti dirinya dipergunakan.

Sempurnakan Tanggungjawab

Suami sepatutnya menyempurnakan tanggung jawabnya kepada membesarkan anak anak, penjagaan isteri dan rumah dahulu sama rata dengan ibu bapanya. Dia tidak boleh buat satu pihak senang dan satu pihak lagi sengsara kerana sengsara ini akan menimbulkan banyak masalah termasuk geram, berdendam, sakit hati atau tidak puas hati. Kesemua hal keluarga dan perbelanjaan adalah tanggungjawab suami.

Memang syurga terletak di kaki ibu, tapi tanggung jawab suami juga adalah untuk menjaga keluarganya. Oleh kerana isterinya bekerja, ia tidak adil sekiranya suami hendak
mempergunakan kewangan dan gaji isterinya semata-mata untuk ibu bapa dan adik-beradiknya dan mengabaikan anak dan isterinya yang sedia ada. Suami perlu memahami yang dia juga perlu mempertahankan keluarganya yang sedia ada.

Perbelanjaan Berpada-pada

Menyentuh tentang perbelanjaan yang sesuai untuk diberikan kepada keluarga sendiri (ibu bapa dan adik beradik) adalah dari segi pemakanan dan ubat-ubatan. Lebih sesuai sekiranya ibu bapa diberi duit bulanan. Suami perlu ingat bahawa dia perlu berlaku adil dan mempunyai keluarga sendiri, ibu bapa dan mungkin ada ibu dan bapa mertua yang perlu dijaga juga.

Selain daripada itu, segala perkara terutama sekali tentang duit isteri hendaklah dibincang
dan dipersetujui oleh isteri untuk menghindarkan daripada isteri sakit hati dan tidak
berpuas hati dengan tindakan suami.

Seringkali isteri akan akur dengan tindakan suami minta bantu tanggung keluarga tetapi hendaklah dilakukan dengan berhati-hati dan bukan dengan di perintah atau memaksa. Suami sepatutnya bertolak ansur dan memahami kehendak isteri dalam hal ini dan tidaklah boleh menurunkan kuasa veto seperti isteri itu tidak penting.

Nasihat Untuk Suami

Walau macam mana sekali pun di dalam perbelanjaan untuk ibu bapa, ia hendaklah dilakukan berpatutan dan bukannya membelanjakan semua gaji untuk ibu bapanya.
Perkara yang penting diadakan oleh suami untuk tanggung keluarga ibu bapa adalah pakaian, makanan dan keperluan kehidupan harian seperti ubat-ubat dan bukannya sesuatu untuk kemewahan, kesenangan dan menunjuk-nunjuk.

Isteri Patut….

Ramai suami yang tidak bertanggungjawab akan menggunakan alasan menggunakan duit isteri sebagai tidak mampu tanggung keluarga seorang diri dan menggunakan agama sebagai asas menegakkan fahaman.

Kebanyakan isteri hanya mengikut sahaja dan tidak mahu dilabelkan sebagai berdosa atau
menderhaka. Tetapi, hakikatnya mereka hanya reda dengan apa yang berlaku dan tidak melawan atau tidak berkata apa-apa. Hanya menurut saja berkongsi tanggung keluarga walaupun hati memberontak.

Sebagai keselamatan, setiap isteri perlu ada simpanan sebagai persediaan sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku. Isteri juga perlu banyak bersabar dan memahami situasi yang berlaku.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here