Home All Keluarga Isteri Berleter Ke Anak Sebenarnya Banyak Point Tuju Ke Suami. Betul Ke?

Isteri Berleter Ke Anak Sebenarnya Banyak Point Tuju Ke Suami. Betul Ke?

1144
1
Isteri Berleter Ke Anak Sebenarnya Banyak Point Tuju Ke Suami. Betul Ke?

Isteri Berleter Ke Anak Sebenarnya Banyak Point Tuju Ke Suami. Betul Ke? | Memang lumrah wanita bila dah mendirikan rumah tangga dan punyai anak, secara tak langsung, sikap suka berleter automatik akan muncul. Bukan saja-saja tapi inilah kenyataannya. Tak tahulah kalau ada isteri yang memang tak pernah berleter. Ini dah di kira baik nie.

Kadang-kadang, suara ‘singa’ akan keluar, bila anak-anak bergaduh. Suami? Dia hanya tengok saja. Inilah yang buat mak-mak naik angin. Lepas tu, mak-mak berleter kat anak-anak tu sebanarnya kadang-kadang ingin tuju pada suaminya. Jenis suami yang faham, okaylah. Kalau jenis yang tak faham, makin anginlah.

Sebenarnya, isteri berleter ini bukan suka-suka tetap dia penat, kalau suami tidak sama-sama menolong dalam rumah tangga. Isteri pun insan biasa, perlu perhatian daripada suami dan bukan hanya uruskan anak dan rumah tangga semata-mata.

Isteri Berleter Ke Anak Sebenarnya Banyak Point Tuju Ke Suami. Betul Ke?

Mengapa Isteri Berleter Panjang Walaupun Pada Hal Yang Kecil

Inilah yang dikongsi oleh Muhammad Hassan dalam facebooknya. Hayati bersama ye suami-suami di luar sana.

Ini betul.

Kawan saya tanya. Wife kau suka berleter, merungut tak?

saya kata jarang sangatlah. Dalam tahun ini boleh kira berapa patah dia bebel.

Lalu kawan saya ini minta nasihat bagaimana untuk kurangkan wife dia membebel dan merungut.

Saya bagi 2 tip:

  • Bagi dia tidur kau jaga anak-anak. Bila dia tidur, mulut dia akan tertutup.
  • Ajak dia pergi makan kau jaga anak. Apabila dia sedang mengunyah dia takkan membebel.

Ada tambahan lagi tak? kawan saya tanya. Ada…Jawab saya. Ini kau kena buat betul betul. (Muka saya serius)

Kau jangan buat kepala otak dia berserabut. Biasanya wife bebel ini sebab rumah bersepah, pinggan mangkuk penuh singki, kau suka melepak sehingga larut malam, kau tak kemas tempat tidur dan kau biarkan isteri kau buat rutin yang sama setiap hari.

Dan paling teruk, jika kau ada di rumah, isteri dan anak anak tidak merasa keberadaan kau.

Saya berhenti sekejap hirup kopi panas. Dan sambung semula.

Dua tip di atas nampak agak kelakar, tapi cukup besar bagi mereka yang perlu masa untuk rehat, perlu masa untuk makan dan minum dengan tenang.

Jadi keluarkan sekejap isteri kau dari toksik keserabutan itu. Tunaikan nafkah semampu mungkin, jadi imam solat fardhu dan solat sunat. Bawa pergi cuti walaupun ke rumah mentua, bagi dia layan me time silang panggung.

Buat kerja rumah bersama, kemas tempat tidur kau, kemas apa yang patut kat rumah, sebelum tidur sental tandas, susun pinggan di rak.

Nanti kau akan tengok hasilnya nanti sebagaimana aku dapat kira berapa patah perkataan dalam setahun jika wife membebel atau merungut.

Dan bukan mulutnya membebel lagi, bahkan ucap terima kasih yang dah lama kau tak dengar.

Fikir fikirkan semoga dapat beramal.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

Cuba suami buat saranan yang diberikan. Rasanya, bila suami ringan tulang, isteri bertambah-tambah rajin dan nak dengan ayat berleter pun susah, kan!

Sumber: Muhammad Hassan

Baca Selanjutnya

Isteri Berleter Ke Anak Sebenarnya Banyak Point Tuju Ke Suami. Betul Ke? 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here