Home All Keluarga Isteri Berhak Sorok Duit Dari Suami Yang Ada Sikap Seperti Ini

Isteri Berhak Sorok Duit Dari Suami Yang Ada Sikap Seperti Ini

5020
0
Isteri Berhak Sorok Duit Dari Suami Yang Ada Sikap Seperti Ini

Isteri Berhak Sorok Duit Dari Suami Yang Ada Sikap Seperti Ini | Bila kita ditakdirkan bertemu jodoh dengan pasangan yang ada 27 tanda yang dikongsikan ini.

Bermakna para gadis di luar sana kenalah ambil langkah bijak merahsiakan status kewangan daripada pengetahuan suami.

Bukan mahu mengajak mak-mak jadi kedekut atau kejam. Fahamkan betul-betul, jika suami ada 27 tanda ini ya. Haa.. barulah langkah berjaga-jaga melibatkan duit ini dipraktikkan.

BACA: Duit Tak Boleh Beli Bahagia, Malah Boleh Jadi Perang Dalam Rumah Tangga

PETANDA PERLU MERAHSIAKAN STATUS KEWANGAN ATAU DUIT DARIPADA SUAMI

1 – Suami tak kisah menyewa rumah bertahun-tahun sebab suami hanya mahu membeli rumah bertanah size padang bola.

2 – Suami juga kenal baik dengan pemberi hutang. Along, Angah, Achik? Semuanya kawan suami.

3 – Suami sentiasa bersikap tidak mesra dan tertutup bila bercakap soal kewangan. Lagi diajak berbincang, lagi naik darah!

4 – Suami kerap berahsia seperti letak password di henpon, menjawab henpon berbisik-bisik di dalam toilet.

5 – Suami malu memakai baju pagoda. Baju dan seluar suami haruslah berjenama luar negara. Biar papa asal bergaya. Muda hanya sekali katanya.

duit

6 – Suami tidak memiliki asset sebenar. Hartanya adalah kereta mewah bersport rim traktor atau motor berjenama suria perkasa hitam.

7 – Suami tidak pernah tahu jumlah sebenar perbelanjaan bulanan. Bagi suami, gaji je belanja, habis gaji je hutang, habis hutang je kad kredit.

8 – Anak jatuh kerusi suami tak risau, helmet superbike tergolek pasti suami meraung kekecewaan. Maklumlah, rider berjiwa kental.. Suami Merungut Duit Tak Cukup..

9 – Suami selalu merungut tidak cukup wang dan mengabaikan keperluan perbelanjaan keluarga.

10 – Suami rela berlapar untuk bayar ansuran kereta mahal tapi selalu merungut bila perlu bayar yuran tuisyen dan PIBG anak.

11 – Suami mengikat perut untuk set golf atau set pancing baru tapi rasa membazir beli takaful keluarga.

12 – Suami sembang kencang impiannya berjuta-juta, dalam poket habuk bermaharajalela.

13 – Bila dengan kawan, suami ini pemurah tahap juara. Di kedai hispter belanja member penuh semeja.

14 – Statement Personal Loan suami selalu tiba di rumah. Bukan satu tapi mungkin dua, tiga atau lima.

15 – Suami adalah lilin. Suami rela membina hutang jahat demi impian sesiapa biarpun DSR ( Debit Service Ratio ) sendiri melayang.

16 – Suami spesis anak emak yang keterlaluan. Segala yang mak minta tak penah ditolak hatta perlu menjadi penjamin dan penyedia hutang jahat. Berhutang Along demi mak pun sanggup!

17 – Suami menggemari barangan mewah dan berselfie di obersee. Bercuti di Malaysia ni rasa geli.

18 – Henpon suami jenama limited edition. Kredit kad suami digores selalu, bayaran pula baki minimum. Isteri Kerap Jadi Penjamin Suami

19 – Business suami selalunya rugi dan jarang untung. RM1,000 di tangan suami akan mengecil menjadi RM10 sekelip mata.

20 – Suami juga kerap merayu isteri menjadi penjamin hutang kereta dan juga motorsikal berkuasa kuda.

21 – Suami selalu meminta pinjam duit dengan isteri sedangkan time bayar dibuat lupa tak sedar diri.

22 – Suami selalu tertekan, tidak gembira dan kerap meninggikan suara kepada ahli keluarga. Anak nak manja pun dimarah sesaja.

23 – Suami membenci pelabur. Suami fikir pelabur adalah kapitalis tamak, kedekut dan nak bawa duit masuk kubur. #apeni

24 – Bagi suami bacaan berilmiah membebankan otak. Suami block FB bermanfaat. Mengarut baca penulisan panjang-panjang katanya.

25 – Suami hari ini gaji, esok dah mula la amik cuti kecemasan ataupun MC. Sakit gaji sikit terus MC.

26 – Suami bersikap degil, kalau budak hingusan seperti akak nasihat, suami akan cakap “sadap! aku lebih banyak makan garam dari kauuuuu…”

Jika dapat suami camni eloklah isteri pelbagaikan cabang simpanan duit juga pelaburan. Selain pembelian rumah, UT dan ASB/TH, simpanan lain yang sukar dihidu adalah dengan menyimpan emas akaun GAP.

Buka dulu serendah RM100 atau segram emas. Isteri boleh simpan emas secara berperingkat dan berdikit kemudian keluarkan dinar atau jongkong emas untuk disorok.

Confirm suami tak tau sebab ruangan penyimpanan emas berketulenan 999 adalah sangat kecil dengan susut nilai yang sangat minimum. Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Marlia Ramli

BACA: Baiki Kewangan Bocor, Begini Pakar Kewangan Cadangkan. Boleh Follow!

Isteri Berhak Sorok Duit Dari Suami Yang Ada Sikap Seperti Ini 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here