Home All Keluarga Kalau Nak Ipar Duai Mesra Macam Kawan Kawan, 3 Pantang Larang Ini...

Kalau Nak Ipar Duai Mesra Macam Kawan Kawan, 3 Pantang Larang Ini Jangan Dilanggar

0
11081
ipar duai

Kalau ipar duai berkonflik, kesannya boleh berpanjangan. Kalau adik beradik bergaduh, hubungan memang tak bermasalah sangat nak di cantum semula. Sebabnya bak kata orang lama, air dicincang takkan putus.

Sebenarnya tak susah mana pun nak pastilan hubungan dengan ipar duai tetap aman bahagia. Ada syarat-syarat penting yang wajib dipenuhi.

1. Jangan Tanya Soalan Sensitif

Ada batasan kata-kata yang perlu adik atau kakak ipar jaga sepanjang berkomunikasi dengan ipar duai. Paling penting, jangan bertanyakan soalan-soalan sensitif. Misalnya,

Kau ni bila nak mengandung?”

Suami kau ni tak bagi makan ke? Kurus semacam je kakak tengok kau ni?”

Ayat makan dalam macam ini sebaiknya simpan sajalah untuk diri sendiri. Tak perlu pun nak ambil tahu. Melainkan ipar sendiri yang merujuk kepada anda untuk meminta bantuan.

Hadam persoalan-persoalan sensitif sebegini dalam hati saja ya. Kalau rasa tak tahan sangat nak bertanya pun, tunggulah masa yang sesuai. Yang mana bila ditanyakan soalan sensitif, tiada hati yang terluka.

ipar duai

2. Masuk Bilik ipar Duai Sesuka Hati

Jangan sesekali ambil kesempatan masuk ke bilik adik atau kakak ipar sesuka hati. Macam harta tu mak bapak kau yang punya. Heh!

Walau pun anda baik macam mana pun dengan adik atau abang, bila mereka sudah beristeri bermakna ada batasan di situ. Adik beradik anda sudah menjadi hak orang. Silalah terima hakikat itu dengan lapang dada ya.

Kalau bab ini anda pandai jaga. Insya Allah ipar duai anda juga akan tahu bagaimana mahu menghormati privasi anda juga.

3. Jangan Ungkit Keturunannya

Ok.. ini pantang PALING BESAR. Kalau pun adik beradik anda sedang berkonflik dengan isteri jangan sesekali anda masuk campur dan ungkit keturunan atau cara ibu bapanya membesarkannya.

Tindakan anda itu sebenarnya akan menyebabkan hubungan jadi lebih keruh. Sebagai saudara terdekat sepatutnya anda meredakan konflik. Jangan pula anda yang jadi makcik dan pakcik bawang mengadu domba. Dapat dosa free aje.

Jagalah aib saudara baru anda itu. Sayangi mereka sebagaimana anda sayangi adik beradik anda.

Kalau tip yang atas ni kita buat,insya allah, hubungan dengan ipar duai akan sejahtera harmoni. Mertua pun akan bertambah sayang.

antara inisiatif yang boleh dilakukan bagi membina hubungan baik sesama ipar-duai dan ahli keluarga yang lain:

Ketahui perkara yang disukai

Cuba selidik perkara yang disukai oleh ipar duai dan pada masa sama pelajari juga perkara yang boleh menyinggung perasaan mereka. Melalui cara ini anda dapat mengelak daripada melakukan perkara yang tidak disukai oleh adik-beradik suami.

1. Waktu bersama

Habiskan waktu bersama dan pilih aktiviti yang disukai sama ada berkaitan dunia masakan, hiasan, pakaian, kecantikan mahupun senaman. Pasti ada satu perkara yang boleh anda lakukan bersama mereka. Jika mereka suka aktiviti kecergasan, sertailah mana-mana acara larian ceria yang banyak dianjurkan kini. Jika tidak, anda boleh merancang untuk keluar makan dan menonton wayang bersama-sama.

2. Beri hadiah

Hadiah yang diberikan tidak perlulah terlalu mewah kerana paling utama adalah ikhlas. Beri hadiah kecil yang menunjukkan rasa perhatian dan mesra terutama pada ulang tahun hari kelahiran atau apabila anda pergi bercuti. Melalui cara itu, mereka akan berasa lebih disayangi dan berasa diri dihargai.

3. Tanya pendapat

Jangan segan untuk bertanya pendapat termasuklah tip rumah tangga atau didikan anak-anak kepada ipar-duai. Mungkin mereka dapat membantu berkongsi pandangan yang berguna.

4. Beri bantuan ikut kemampuan

Tawarkan bantuan ketika mereka sedang mengalami masalah. Bantuan itu bukan hanya dalam bentuk kewangan namun ia juga boleh diberikan dalam bentuk nasihat atau pandangan.

5. Jangan jadi kaki sibuk

Ini paling penting. Sebagai ipar, jangan sesekali mencampuri urusan rumah tangga ipar-duai walaupun kes terbentang di depan mata anda. Jangan juga mencuba untuk memberi nasihat walaupun melalui orang tengah jika tidak diminta kerana ia mungkin boleh memburukkan keadaan. Langkah terbaik ialah hindarkan diri daripada masalah.

6. Berhati-hati

Berhati-hati bukanlah bermaksud langsung tidak boleh mempercayai tetapi dalam apa juga perkara perlu ada batasnya terutama sekiranya ia membabitkan soal peribadi suami isteri. Jaga rahsia keluarga anda sebaiknya khususnya yang membabitkan soal maruah. Menjaga hubungan yang baik dengan ipar duai sangat penting kerana mereka juga adalah sebahagian daripada kehidupan anda.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here