Home All Inspirasi Anak Muda Main E-Sports, ‘Gamer’ Diiktiraf Malaysia Book Of Record

Inspirasi Anak Muda Main E-Sports, ‘Gamer’ Diiktiraf Malaysia Book Of Record

932
1
Inspirasi Anak Muda Main E-Sport, ‘Gamer’ Diiktiraf Malaysia Book Of Record

Inspirasi Anak Muda Main E-Sports, ‘Gamer’ Diiktiraf Malaysia Book Of Record | Jika semalam rata-rata rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian pasukan PUBG Mobile Malaysia muncul juara Grand Final Liga Profesional Asia Tenggara (PMPL SEA) Musim Bunga 2020.

Terbaharu, pemain Mobile Legends tersohor negara, Mohd Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz diiktiraf oleh Malaysia Book of Records dimana namanya telah dimasukkan dalam buku rekod tersebut.

Pernah tular membeli kereta Mustang dengan hanya memakai selipar sahaja ketika di showroom kereta mewah, Gamer yang dikenali sebagai Soloz telah mendapat mengiktirafan oleh Malaysia Book Of Record.

E-Sports

Soloz atau nama sebenarnya Fariz Zakaria telah mengumpul lebih daripada 1.2 juta pengikut dalam Malaysia Esports National.

Tahniah diucapkan dari peminat E-Sports

Ucapan tahniah tersebut telah dimuat naik ke Instagram Malaysia Book Of Records sendiri dengan menghargai setiap usaha anak muda tersebut dalam sama-sama membangunkan sukan atas talian yang kini boleh menjana pendapatan.

Semoga jadi inspirasi anak muda

Nama atlet E-Sports yang mewakili Malaysia dalam Sukan Sea Filipina 2019 itu juga telah tercatat di dalam Malaysia Book Of Record sebagai satu dorongan untuknya agar terus menjadi sumber inspirasi kepada anak muda diluar sana.

BACA: Demi Tanggung Kos Perubatan Isteri RM9,000 Sebulan, Lelaki Ini Pilih Jadi ‘Pro Streamer’.

Bagi anda yang tidak mengenalinya, beliau merupakan pemain Mobile Legends yang mewakili pasukan Bosskurr. Malah, kejayaan beliau mengumpulkan pengikut seramai ini juga dipengaruhi oleh aktiviti beliau yang aktif melakukan livestream di laman Facebooknya itu.

Bukan hanya handal bermain Mobile Legends, beliau turut bermain permainan lain secara livestream seperti PUBG Mobile. Tahniah diucapkan Soloz dan diharap akan terus melakar kejayaan untuk mengharumkan nama negara kelak.

Baca Selanjutnya
Inspirasi Anak Muda Main E-Sports, ‘Gamer’ Diiktiraf Malaysia Book Of Record 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here