Home All Isu Semasa Inilah 10 Iklan Merdeka Terbaik Sepanjang Zaman, Mana Satu Paling Terkesan Buat...

Inilah 10 Iklan Merdeka Terbaik Sepanjang Zaman, Mana Satu Paling Terkesan Buat Korang?

611
0
Inilah 10 Iklan Merdeka Terbaik Sepanjang Zaman, Mana Satu Paling Terkesan Buat Korang?

Inilah 10 Iklan Merdeka Terbaik Sepanjang Zaman, Mana Satu Paling Terkesan Buat Korang? | Umum mengetahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat dan bersejarah buat Malaysia setelah negara berjaya mencapai kebebasan dari menjadi jajahan British.

Tahun ini, sudah 63 tahun negara kita mencapai kemerdekaan dan sepanjang tempoh ini juga pelbagai iklan berkaitan merdeka telah dihasilkan.

Tidak dinafikan iklan-iklan ini dihasilkan bagi menanam semangat patriotik dalam diri setiap individu selain membawa mesej bermakna buat penonton.

iklan merdeka

BACA JUGA: 10 Lagu Wajib Patriotik Yang Pelajar Dulu-Dulu Kena Nyanyi Sepanjang Bulan Ogos

Jadi dalam beratus video yang pernah dikeluarkan, mari kita lihat video iklan merdeka yang meninggalkan kesan dan boleh dikatakan antara yang terbaik sepanjang zaman.

Iklan Merdeka Tan Hong Ming

Ini adalah antara iklan yang paling diingati rakyat Malaysia yang mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Tang Hong Ming yang menyukai rakannya sendiri iaitu Umi Kazrina. Disebabkan gelagat mereka berdua yang comel itu berjaya memikat hati semua rakyat Malaysia.

Iklan Param’s Bicycle

Iklan yang dihasilkan pada tahun 2003 ini berjaya meninggalkan impak pada setiap penonton. Mengisahkan tentang semangat persahabatan di antara tiga orang kawan baik yang terpisah dan akhirnya bertemu kembali di sebuah hospital tetapi malangnya salah seorang dari mereka sudahpun meninggal dunia.

Iklan Akrab

Iklan yang mengisahkan tentang Chuan dan Arum yang mendapat surat daripada sahabat lama mereka iaitu Ismail. Semangat persahabatan antara mereka masih utuh dan boleh dilihat ketika mereka berhubung kembali melalui panggilan video yang dibuat oleh cucu mereka.

Iklan Merdeka Sampan

Iklan ini mengisahkan Man seorang pembuat bot yang menggunakan papan lama untuk membina bot apabila diarahkan oleh majikannya sendiri. Akhirnya bot yang dibina tenggelam kerana dimasuki air.

Iklan Maxis

Mengisahkan seorang budak bernama Mohd Nazmi yang tidak berpuas hati dengan ayahnya yang hanya mampu membawanya bercuti dalam Malaysia, berbeza dengan rakan-rakannya. Bagaimanapun dia sedar apa yang dilakukannya itu salah dan dia telah merancang sesuatu buat ayahnya.

Iklan Perlumbaan Bot

Menerusi iklan ini, kita boleh saksikan pertandingan perlumbaan bot yang melibatkan dua kumpulan merah dan kuning di mana kumpulan merah lebih ke arah ingin memenangi pertandingan sehinggakan menimbulkan pergaduhan dan kuning pula lebih menerapkan semangat bersatu antara pasukan sehinggakan mereka dapat memenangi pertandingan tersebut.

Iklan Perbezaan Warna

RHB berjaya menambat hati penonton dengan iklan Merdeka mereka yang mengisahkan mengenai perbezaan warna kulit yang sering terjadi dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri. Sikap skeptikal tentang perbezaan warna itu membuatkan rakyat berpecah belah di mana akhirnya mereka sedar bahawa ianya tidak seburuk yang disangka.

Iklan Aiman Gyver

Iklan arahan Afdlin Shauki ini mengisahkan pengorbanan seorang bapa terhadap anaknya bernama Aiman yang meminta pelbagai benda darinya tetapi tidak pernah dapat satu pun. Menginjak usia remaja, dia ingin menyambung pelajaran ke universiti dan dia dikejutkan oleh bapanya sendiri apabila bapanya menghulurkan buku bank dengan jumlah wang simpanan sangat banyak.

Iklan Merdeka Proton

Iklan yang memaparkan kehidupan seorang budak bernama Aman yang tidak pernah fokus di dalam kelasnya sehinggakan bersikap kurang ajar dengan gurunya sendiri. Satu hari gurunya memberi nasihat kepadanya dan bermula saat itu dia telah berpindah dan kembali berjumpa gurunya ketika dia sudah berjaya.

Iklan One Little Indian Boy

Antara iklan yang paling lama tetapi masih diingati setiap rakyat Malaysia ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak India yang dibawa bapanya untuk menyaksikan detik bersejarah laungan Merdeka buat pertama kalinya dan terus menghargai momen kemerdekaan itu.

Jika kita melihat semula iklan dari Petronas mendominasi iklan merdeka yang hebat dan sentiasa di kenang sepanjang zaman. Ini merupakan iklan sempena kemerdekaan pada tahun ini:

BACA JUGA: Tuah Diberi Nama Mohd Merdeka, Lelaki Ini Sering Dapat Makan Percuma

Inilah 10 Iklan Merdeka Terbaik Sepanjang Zaman, Mana Satu Paling Terkesan Buat Korang? 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here