Home All Isu Semasa Ini Sebab Kita Tak Patut Boikot Jakel, Ulasan Lelaki Ini Memang Ada...

Ini Sebab Kita Tak Patut Boikot Jakel, Ulasan Lelaki Ini Memang Ada Benarnya

5373
0
Ini Sebab Kita Tak Patut Boikot Jakel. Pendapat Beliau Memang Ada Benarnya

Ini Sebab Kita Tak Patut Boikot Jakel, Ulasan Lelaki Ini Memang Ada Benarnya | Saya sebenarnya kurang bersetuju apabila sebahagian orang Melayu melancarkan kempen boikot JAKEL kerana marah dengan Insta yang ditulis oleh Muzaffar Jakel iaitu adik kepada tauke Jakel, Dato Feroz.

Pertamanya, netizen tidak memahami isu sebenar dan terus join boikot Jekel termasuk yang tak pernah pergi Jakel pun.

Mereka telah termakan propaganda kaki bawang dan cybertrooper yang telah menampakkan status IG tersebut terlalu kasar. Kronologi pun tak faham. Tapi, apabila orang dah mula sebar, dia pun tumpang sebar.

Isunya bermula apabila Muzaffar memuat naik IG menulis, “Isnin ni jumpa di JAKEL 10 pagi – 10 malam” sebagai respon kepada pelaksanaan PKPB yang membenarkan semua industri beroperasi kecuali bagi sesetengah industri yang masih tidak dibenarkan.

Jadi, netizen telah mengecam IG tersebut dan mengatakan si penulis sengaja untuk mengajak orang ramai berkumpul yang mana merisikokan pengunjung kepada Covid-19. Bahasa-bahasa netizen yang dilemparkan itu tidak kurang kasarnya.

Kemudian, Muzaffar memuat naik IG baharu yang menulis lebih kurang maksudnya, “Kesian dengan orang Melayu. SOP tu Bahasa Melayu pun takleh faham.”

Ayat ini kemudian telah diskrinshot dan dimuat naik oleh netizen dan mereka telah menambah-nambah, dengan menuduh Muzaffar telah menghina bangsa Melayu. Orang pun pakat share dan virus benci membenci tersebar dengan begitu cepat, lebih cepat berbanding virus Covid-19.

Netizen bangsa Melayu menjadi marah sebab penulis tulis, “Orang Melayu”. Meskipun beliau telah membuat permohonan maaf dan mengatakan bahawa beliau langsung tak berniat menghina bangsa Melayu, tapi, orang Melayu sangat sensitif dengan tulisan itu.

Penjelasan Muzaffar:

Okeylah, kalau netizen Melayu nak marah, itu hak masing-masinglah. Tapi, bagi saya, ayat tu bukan menghina bangsa pun. Tapi pemilihan perkataan dan susunan ayat tu yang membuatkan orang teremosi.

Itu yang pertama.

Yang kedua, yang up IG tu adik tauke Jakel. Tapi, yang kena tempias ialah abang beliau iaitu Dato Feroz. Muzaffar bukan tauke Jakel. Dah kenapa pergi kondem perniagaan abang beliau?

Marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

Mana pergi semangat #BMF yang dilaungkan selama ini? Dah hilang?

Jika Anda Boikot Jekel, Anda Perlu Tahu Impak Pada Perkara Dibawah Ni

Orang Melayu Islam tau tak? Jakel ini adalah sebuah syarikat yang banyak menyumbang kepada penyebaran dakwah, ilmu dan tazkiah.

Orang Islam tau tak, Jakel adalah antara kompeni besar yang membayar Zakat yang mana Zakat ini nanti akan diagihkan kepada asnaf (termasuklah orang yang mencaci Jakel jika dia asnaf). Lagi banyak keuntungan Jakel, lagi banyak Zakat dibayar. Lagi banyak umat Islam dapat manfaat. Begitulah juga kalau syarikat rugi, Zakat kurang, umat juga yang rugi.

Saya menyeru kepada semua orang Melayu dan Islam, tak perlulah terlibat dengan kerja-kerja boikot memboikot perniagaan orang Islam ni. Takda faedah pun. Kenapa kita nak memboikot sesuatu yang telah menyumbang kepada agama dan bangsa kita sendiri?

يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنُوا اجتَنِبوا كَثيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعضَ الظَّنِّ إِثمٌ ۖ وَلا تَجَسَّسوا وَلا يَغتَب بَعضُكُم بَعضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُم أَن يَأكُلَ لَحمَ أَخيهِ مَيتًا فَكَرِهتُموهُ ۚ وَاتَّقُوا اللهَ ۚ إِنَّ اللهَ تَوّابٌ رَحيمٌ

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan, kerana sebahagian dari sangkaan itu dosa. Dan janganlah kamu mengintip dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Kredit: Khairy Tajudin

Berikut pula perkongsian jujur dari Ustaz Uthman Daud mengenai Jakel dan pemiliknya dan kempen warganet mengenai boikot Jakel.

Boikot Jakel?

Saya sebenarnya tak ingin nak tulis hal ni, tapi bila membaca mereka yang marah dengan post tersebut, rasa terpanggil juga untuk menulis. Maafkan saya Dato’ Feroz kalau Dato’ baca post saya ni, saya terpaksa dedahkan apa yang Dato’ sembunyikan selama ini demi kebaikan bersama..”

Produk kain berkualiti

“Jakel terkenal dengan butik baju, kain dan karpet yang berkualiti di tanahair kita. Disebalik kisah jualan yang hebat, sebenarnya kita tak tahu bahawa duit keuntungan yang mereka dapat banyak disalurkan di madrasah-madrasah tempatan dan juga luar negara terutamanya di negara ketiga seperti Bangladesh dan lain-lain. Saya tak kenal Dato’ Feroz secara peribadi, tapi saya kenal seorang maulana yang dilantik oleh Dato’ Feroz untuk meluluskan permohonan bantuan dari mana-mana madrasah agar ia disalurkan pada tempat yang betul.”

Penyumbang terbesar Majlis Ulama

“Tidak cukup dengan itu, majlis-majlis perhimpunan ulama dan sebagainya, antara penyumbang besar adalah Jakel, tapi mereka tak letakkan nama syarikat mereka sebagai penaja majlis. Hanya orang yang terlibat secara langsung dalam majlis itu sahaja yang tahu tentang ini..”

Sedekah setiap kali Jumaat

“Pada setiap Jumaat, Dato’ Feroz sedekahkan duit selepas habis solat Jumaat. Kadang-kadang beliau sendiri yang beri dan kadang-kadang melalui staf beliau.

Ini apa yang saya tahu, dan apa yang tak tahu itu entah berapa banyak lagi sumbangan beliau ke atas agama ini melalui harta yang beliau dapat. Yang membuat salah adalah salah seorang daripada keluarga beliau, tapi yang ajibnya perniagaan beliau yang hendak diboikot. Dan adakah kerana satu kesalahan itu terus menghilangkan segala kebaikan lain yang pernah beliau lakukan?”

Mari kita semua memaafkan

“Bulan Ramadhan sepatutnya bulan sabar. Bulan didik nafsu amarah kita agar menjadi seorang mukmin yang sejati. Jangan biarkan berlaku permusuhan dalam bulan yang mulia ini. Si pelaku sudah pun minta maaf, apalah salahnya kita pun merendahkan hati untuk memaafkan atas ketelanjuran tersebut.

BACA: Permohonan Maaf Adik Bos Jakel Masih Gagal Reda Kemarahan Orang Ramai

Semoga Allah jaga hati kita dan tidak hancurkan pahala ibadah kita seperti pasir yang ditiup angin. Aaminn..” -uthmandaud

P/s : wallahi saya tak pernah dibayar oleh pihak Jakel untuk share tentang ni. Baik sebelum mahupun sekarang..

Posting Ustaz Uthman Daud ini mendapat 2.7K tanda suka dan 2.6k perkongsian yang rata-rata mereka setuju dengan pandangan jujur ini

Berikut reaksi beberapa netizan

boikot Jakel

Jakel ada sekolah agama di Janda Baik, free

boikot Jakel

Bermaafan sesama kita

boikot Jakel

Baca Selanjutnya

Ini Sebab Kita Tak Patut Boikot Jakel, Ulasan Lelaki Ini Memang Ada Benarnya 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here