Home All Isu Semasa Ini Kisah Sebenar Dr Wu Lien Teh Dalam Filem Pendek Celcom Sempena...

Ini Kisah Sebenar Dr Wu Lien Teh Dalam Filem Pendek Celcom Sempena Merdeka

869
0
Ini Kisah Sebenar Dr Wu Lien Teh Dalam Filem Pendek Celcom Sempena Merdeka

Ini Kisah Sebenar Dr Wu Lien Teh Dalam Filem Pendek Celcom Sempena Merdeka | Bersempena dengan Hari Kebangsaan 2020 yang akan disambut tidak lama lagi, syarikat telekomunikasi Celcom telah melancarkan satu filem pendek yang diberi nama MeReka Merdeka.

Berkisarkan mengenai perjuangan rakyat Malaysia yang sama namun di era yang berbeza. Sara Devong, seorang pengeluar mask zaman moden makala seorang lagi adalah Dr Wu Lien Teh, pakar perubatan yang juga pencipta topeng mask N95 yang digunakan semua manusia zaman kini.

Ini pasti mengejutkan orang ramai memandangkan tidak ramai yang tahu bahawa pencipta mask N95 yang digunakan manusia di seluruh dunia sebenarnya dicipta oleh rakyat Malaysia 100 tahun tahulu.

Jadi buat anda yang ingin tahu kisah dan sejarah penuh mengenai Dr Wu Lien Teh, ikuti perkongsikan kami di bawah :

Kisah Dr. Wu Lien Teh kurang diperdengarkan sebelum ini namun mula menjadi bualan selepas penularan wabak Covid-19 hasil laporan yang ditemui di National University of Singapore (NUS)

Malah atas kejayaan Dr Wu Lien Teh itu dia juga pernah dicalonkan sebagai penerima Anugerah Nobel (pertama dari Malaysia) suatu masa dahulu.

Namanya macam familiar bukan?

Ya! Anda memang tak silap. Namanya diambil dan diangkat menjadi jalan di dua negeri iaitu di Jalan Wu Lean Teh (ejaan jalan ni sedikit lari dari nama betulnya) di Ipoh dan Jalan Dr Wu Lien Teh di Pulau Pinang.

Ini Kisah Sebenar Dr Wu Lien Teh Dalam Filem Pendek Celcom Sempena Merdeka 1

Secara ringkasnya, Dr WU yang dilahirkan pada tahun 1879 di Pulau Pinang , turut dikenali sebagai sebagai Goh Lean Tuck (Bahasa Minna) dan Ng Leen Tuck (Mandarin).

Dr Wu Lien Teh merupakan seorang doktor di Tanah Melayu yang begitu terkenal didalam sektor kesihatan awam.

Merupakan generasi ketiga berketurunan Hakka di sini, ayahnya seorang tukang emas adalah pendatang dari Taishan, China manakala ibunya adalah generasi kedua penduduk Hakka di negara kita.

Membesar bersama 9 lagi adik beradiknya Dr Wu Lien Teh mendapat pendidikan awal di Penang Free School sebelum mendapat tajaan Queen’s Scholarship untuk melanjutkan pelajarannya di Emmanuel College, Cambrigde pada tahun 1894 sekaligus menjadi pelajar berketuruan cina pertama di dunia yang berjaya menamatkan pengajian di dalam bidang perubatan disana.

Selepas beberapa tahun berkelana di UK dan Peranchis beliau kemudiannya pulang ke Pulau Pinang pada 1903.

Berbekalkan ilmu perubatan dari University of Cambridge dan Liverpool School of Tropical Medicine serta latihan industri di hospital terkemuka di London iaitu St Mary’s Hospital beliau kemudia mula menabur bakti kepada penduduk Pulau Pinang yang merupakan sebahagian dari negeri-negeri selat .

Tahun 1910 wabak menyerang Manchuria, China

Ini Kisah Sebenar Dr Wu Lien Teh Dalam Filem Pendek Celcom Sempena Merdeka 2Segalanya bermula pada tahun 1910, apabila Dr Wu diminta oleh kerajaan China untuk turun ke Harbin, Manchuria bagi mengetuai siasatan satu penyakit misteri yang telah membunuh 95% dari pesakitnya di sana.

Difahamkan penyakit ini merebak dari binatang kepada manusia akibat penggunaan bulu haiwan sebagai pakaian di zaman itu dan dikhuatiri boleh merebak ke Eropah menerusi kereta api trans-Siberia yang membawa penumpang dan barang dagangan dari timur laut China.

Ini Kisah Sebenar Dr Wu Lien Teh Dalam Filem Pendek Celcom Sempena Merdeka 3Wabak Manchuria ketika itu sudah menyebabkan 60,000 kematian pada ketika itu

Akhirnya penyakit ini dikenali sebagai wabak Manchuria dan berpunca dari bulu marmot (binatang dari spesies tikus) yang menjadi haiwan buruan pada masa itu.

Angka kematiannya seramai 60,000 orang pada ketika itu cukup menakutkan ,namun hasil usaha keras Dr Wu dan pasukannya mereka akhirnya berjaya mengekang wabak tersebut .

Malah hasil dari usaha mereka itu lah wujud nya pelitup muka perubatan jenis N95 yang digunakan secara meluas kini.

Kenapa 95? Kerana topeng muka n95 mampu menapis 95% partikel kecil udara dari masuk ke ruang pernafasan manusia.

Namun kejayaan pasukan mereka tidak datang begitu sahaja, sebelum Dr Wu berjaya menemui jalan penyelesaian ramai pakar perubatan yang sudahpun terkorban baik dari dalam China juga pakar dari Eropah.

Ini kerana ramai tidak menyedari wabak ini sebenarnya tersebar melalui udara dan bukannya dari kutu mahupun serangga seperti tanggapan awal mereka.

Hasil autopsi yang dijalankan kepada beberapa pesakit, Dr Wu Lien Teh kemudiannya mencadangkan agar pelitup muka digunakan. Dengan menggunakan pelitup muka pembedahan sedia ada, beliau kemudian mengubahsuainya dengan menambah kain kasa serta kapas sebagai penapis tambahan.

Ini Kisah Sebenar Dr Wu Lien Teh Dalam Filem Pendek Celcom Sempena Merdeka 4

Foto : Tandfonline / Universiti Of Hong Kong

Ciptaannya itu kemudiannya berhasil dimana mereka yang menggunakannya selamat manakala yang tidak mengikutinya kecundang di tengah jalan antaranya pakar terkemuka dari Perancis , Dr Gerald Mesny

Sebagai langkah tambahan, Dr Wu dan pasukannya turut melakukan operasi kuarantin serta melancarkan proses pembasmian kuman di hospital.

Bukan itu sahaja dia kemudian mengarahkan mayat mereka yang mati disebabkan wabak ini dibakar berbanding di tanam. Hasilnya bilangan kes makin berkurangan dan terus menurun.

Tidak sampai beberapa bulan kemudiannya wabak Manchuria akhirnya berjaya dibasmi secara total. Hasil usahanya itu juga dia telah dicalonkan untuk kategori Hadiah Nobel Perubatan pada tahun 1935.Dr Wu Lien Teh

Dr Wu Lien Teh kemudiannya terus menetap di China dan hanya pulang ke tanah melayu selepas penjajahan Jepun di China pada 1937. Dia kemudian bertugas sebagai GP di Ipoh, Perak dan difahamkan menawarkan servis konsultan secara percuma kepada pesakitnya.

Dia akhirnya kembali ke Pulau Pinang selepas bersara pada umur 80 tahun. Zaman persaarannya dihabiskan dengan menghasilkan autobiografi mengenai dirinya sendiri yang bertajuk “Plague Fighter, the Autobiography of a Modern Chinese Physician.”

Setahun kemudiannya, pada tanggal 21 Januari 1960, Dr Wu menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas diserang strok dirumahnya di Pulau Pinang.

BACA JUGA: Inilah 10 Iklan Merdeka Terbaik Sepanjang Zaman, Mana Satu Paling Terkesan Buat Korang?

Ini Kisah Sebenar Dr Wu Lien Teh Dalam Filem Pendek Celcom Sempena Merdeka 5

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here