Home All Doa Ingin Disayangi, Disenangi Dan Dihormati Orang Lain, Amalkan Doa Ini.

Ingin Disayangi, Disenangi Dan Dihormati Orang Lain, Amalkan Doa Ini.

13532
1
disayangi

Tidak ada seorang insan yang tidak mahu dirinya disayangi, disenangi atau dihormati oleh orang lain. Paling tidak kita pasti mengharapkan agar disayangi oleh pasangan kita dan anak-anak kita.

Dan jika di tempat kerja jika kita dikalangan berpangkat tinggi atau berpangkat rendah apabila kita disayangi dan disenangi amatlah mudah untuk kita berurusan dengan rakan sekerja dan pihak-pihak yang lain.

Namunpun begitu perasaan untuk disayangi dan disenangi ini perlulah kita letakkan batasan supaya tidak melanggar hukum-hukum Allah dalam pergaulan.

Jika kita ingin disayangi kita juga perlu belajar untuk menyanyangi orang lain semuanya kerana Allah Taala. Jika kita ingin disayangi di kalangan sahabat-sahabat kita hendaklah kita sayang persahabatan itu kerana Allah.

Sesungguhnya kasih kepada manusia dan diri sendiri tidak boleh melebihi kasih kepada Allah dan Rasul-Nya. Untuk memperolehi kasih manusia serta memperolehi kebahagian yang hakiki, perlulah dicari terlebih dahulu kasih Allah dan Rasul-Nya dengan membuat apa yang diperintahkan dan meninggalkan segala apa yang dilarang. Seperti mana firman Allah yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutlah aku (Muhammad s.a.w), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Ali-Imran 3:31)

Berikut adalah amalan agar disayangi dan dikasihi, InsyaAllah dengan keizinan Allah Ta’ala:

disayangi

Hendaklah membaca ayat berikut, kemudian hembuskan dikening orang yang kita sayangi (anak atau isteri). Niatkan dan doakan didalam hati moga Allah SWT mengurniakan kasih sayang-Nya kepada kita dan orang yang kita sayangi dengan keberkatan ayat Al-Quran ini.

“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa pada hari kiamat, bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat siksaan-Nya (nescaya mereka menyesal).” (Surah Al-Baqarah 2:165)Ingin Disayangi, Disenangi Dan Dihormati Orang Lain, Amalkan Doa Ini. 1

Amalkan insyaAllah semoga apa yang dihajati akan diperkenankan oleh Allah Ta’ala, kerana ayat-ayat Allah ini adalah penawar, sesungguhnya sebaik-baik penawar kepada penyakit ialah ayat-ayat suci Al Quran. Sudah tentu juga, sebaik-baik penyembuh ialah Allah SWT.

Di dalam kitab Al-‘Ilaj Bir-Ruqaa Min Al-Kitab Was-Sunnah, karangan said Ali Bin Wahf, menyatakan ijmak ulamak membenarkan menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk perubatan dan sebagainya, akan tetapi perlulah diyakini bahawa ayat-ayat Al-Quran yang digunakan tersebut tidak memberikan sebarang kesan zatnya sendiri.

Bahkan Allah jualah yang memberi kesan ke atas sesuatu. Ayat yang di baca itu merupakan sebab dari sekian banyak sebab-sebab yang ditetapkan oleh Alah SWT.

BACA JUGA: Mahukan Hubungan Suami Isteri Sentiasa Mesra, Amalkan Baca Al Mathurat Pagi Petang Sampai Doa Terakhir

Ingin Disayangi, Disenangi Dan Dihormati Orang Lain, Amalkan Doa Ini. 2

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here