Home All Isu Semasa Individu Yang Ingkar PKP Tidak Akan Direkodkan Sebagai Banduan

Individu Yang Ingkar PKP Tidak Akan Direkodkan Sebagai Banduan

1250
2
Individu Yang Ingkar PKP Tidak Akan Direkodkan Sebagai Banduan

Individu Yang Ingkar PKP Tidak Akan Direkodkan Sebagai Banduan | Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah salah satu usaha kerajaan untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Berikutan perkara ini, umum mengetahui bahawa individu yang ingkar akan dikenakan tindakan mahkamah di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan juga boleh dipenjarakan.

Oleh itu, kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai tanggapan bahawa individu yang bersalah ini akan mempunyai rekod banduan seperti pesalah yang melakukan jenayah yang lain.

Baca: Buat Rakyat Malaysia Yang Degil, Kesilapan Yang Mahal Adalah Kesilapan Tidak Menjaga Negara!

Menjawab persoalan tersebut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador telah tampil mengesahkan bahawa nama pesalah ingkar PKP tidak akan dimasukkan dalam sistem rekod jenayah Polis Diraja Malaysia. Menjadikan ianya sekaligus tidak akan direkodkan sebagai banduan.

Hal ini kerana kebanyakan dari pesalah yang ingkar PKP adalah dari golongan remaja dan rekod banduan boleh menjejaskan masa depan mereka.

ingkar PKP

Apabila ada rekod (banduan) nanti, mereka susah nak cari kerja. Itu yang kami ambil kira. Jadi, tiada rekod banduan untuk mereka.

Bagaimanapun, perkara ini bukanlah satu peluang untuk orang ramai ingkar arahan PKP. Menurut rekod, sebanyak 24,081 individu telah ditangkap kerana ingkar arahan PKP sejak 18 Mac lalu.

Baca: Bantu Kerajaan Dengan Mengambil Gambar Atau Video Individu Yang Ingkar PKPB

Terkini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah menyeru orang ramai untuk lebih patuh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta tingkatkan disiplin sosial bagi mencapai matlamat untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dalam komuniti.

Selain itu, peniaga, pengusaha dan majikan perlulah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

“Sila duduk rumah jika tiada urusan penting di luar.”

Sumber: (1)(2)

Baca Selanjutnya

Individu Yang Ingkar PKP Tidak Akan Direkodkan Sebagai Banduan 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here