Home All Dunia Islam India Mahu Wujudkan Komuniti Tanpa Islam Dan Ini Yang Anda Perlu Tahu...

India Mahu Wujudkan Komuniti Tanpa Islam Dan Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Nasib Muslim Di India

8983
0
India

Pada Disember tahun lalu, Parlimen India telah meluluskan rang undang-undang kewarganegaraan yang mengubah dasar nasionalis India berdasarkan Akta Kewarganegaraan 1955.

Melalui kelulusan ini, majoriti penganut Islam di India kini dalam situasi yang membahayakan dengan nyawa mereka dalam keadaan terancam.

Rang undang-undang tersebut yang diusulkan oleh kerajaan yang dipimpin oleh parti politik Bharatiya Janata Party (BJP) memperkenalkan dasar-dasar nasionalis mengutamakan kepercayaan Hindu dan langkah mendefinisikan apakah yang dimaksudkan sebagai ‘rakyat India’.

Ubah status Muslim di India

India Mahu Wujudkan Komuniti Tanpa Islam Dan Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Nasib Muslim Di India 1

India mempunyai kira-kira 200 juta penduduk Muslim yang mempunyai kerakyatan sebagai warganegara yang sah. Tetapi jika pelaksanaan dasar ini dilakukan, ianya bakal mengubah status kerakyatan mereka sebagai ‘pendatang asing’ dan mereka berkemungkinan dihalau keluar dari negara atau ditahan di kem tahanan.

Wilayah Assam menjadi lokasi pertama yang menjadi tempat ujian untuk melaksanakan dasar baru ini. Assam merupakan kawasan miskin yang dihuni oleh penduduk yang sudah bergenerasi lamanya menetap di sana. Kerajaan India telah memeriksa status komuniti di sana sehingga menyaksikan beberapa ratus penduduk ditahan atas alasan ‘pendatang asing’.

Mereka perlu mengemukakan bukti yang kukuh bahawa mereka adalah warganegara India sebelum tahun 1971, tahun di mana Bangladesh ditubuhkan selepas berpisah dengan India. Situasi ini bertambah buruk apabila Perdana Menteri India, Narendra Modi memperkenalkan beberapa keistimewaan khas untuk penganut agama Hindu, Kristian, Buddha dan lain-lain tetapi tidak untuk agama Islam.

Kenapa rang undang-undang ini begitu kontroversi?

India Mahu Wujudkan Komuniti Tanpa Islam Dan Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Nasib Muslim Di India 2

Berdasarkan rang undang-undang itu, ianya akan membolehkan pendatang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama seperti Kristian, Hindu, Buddha dan etnik minoriti lain dari Afghanistan, Bangladesh dan Pakistan boleh mendapat kerakyatan lebih cepat. Namun ianya hanya terpakai untuk pendatang yang bukan beragama Islam.

Pelaksanaan ini dilihat sebagai salah satu contoh bagaimana Modi dan parti pimpinannya cuba untuk menyebarkan agenda nasionalisme Hindu ke dalam negara sekular dengan mengabaikan populasi Muslim di sana. Walaupun populasi Muslim di India direkodkan seramai 14% di sana.

Menurut seorang pakar sejarah iaitu Mukul Kesavan, beliau menyifatkan rang undang-undang itu kelihatan dibuat untuk membantu pendatang asing tetapi tujuan utamanya adalah untuk menghapuskan kewarganegaraan Muslim. Sekiranya mereka ingin melindungi kaum minoriti, maka mereka juga sepatutnya melindungi Muslim yang ditindas seperti kaum Rohingnya di Myanmar dan juga Ahmadi di Pakistan.

Protes besar-besaran

India Mahu Wujudkan Komuniti Tanpa Islam Dan Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Nasib Muslim Di India 3

Isu ini telah membangkitkan kemarahan penduduk Muslim di India yang akhirnya membawa kepada protes besar-besaran sehingga mengakibatkan kematian. Sejak 23 Februari yang lalu, protes tersebut telah mencatatkan 33 kematian dengan lebih 200 rakyat yang tercedera di dalam pertempuran penganut Hindu dan komuniti Muslim.

Pertempuran di antara komuniti Hindu dan Muslim ini dikatakan antara yang terburuk dalam sejarah negara tersebut. Kedua-dua komuniti ini saling bertempur menggunakan senjata berbahaya malah beberapa kawasan kedai dan perumahan turut dibakar. Kemusnahan dihadapi oleh komuniti Muslim jauh lebih teruk daripada apa yang dialami oleh penganut Hindu di sana.

Beberapa keluarga Muslim menyorok dan melarikan diri daripada rumah mereka kerana bimbang keselamatan mereka yang turut terancam.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengutuk ‘pembunuhan beramai-ramai’ yang dilakukan terhadap umat Islam di India. Beliau turut mempertikaikan tindakan penunjuk perasaan yang menyerang komuniti Islam terdiri daripada golongan kanak-kanak dengan menggunakan kayu besi dan beberapa senjata yang lain.

India sekarang telah menjadi sebuah negara di mana pembunuhan beramai-ramai meluas. Pembunuhan beramai-ramai apa? Pembunuhan beramai-ramai umat Islam. Oleh siapa? Hindu.

India Mahu Wujudkan Komuniti Tanpa Islam Dan Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Nasib Muslim Di India 4

Gerakan nasionalis Hindu yang dibawa oleh Perdana Menteri India ini adalah salah satu usahanya bagi meletakkan Hindu sebagai kepercayaan utama. Usaha ini dilihat sengaja ingin memburukkan hubungan diantara komuniti Hindu dan Muslim di India yang sudah lama berantakan sejak dulu lagi.

Sejak beliau memimpin India pada tahun 2014, pelbagai usaha dilakukan untuk mengubah identiti Islam di negara itu antaranya memadamkan nama-nama tokoh beragama Islam, menukarkan elemen yang mirip kepada Muslim dan Islam di tempat awam kepada nama baru yang mencerminkan agama Hindu.

Sebelum ini, pengenalan rang undang-undang ekstradisi yang diperkenalkan di Hong Kong turut mencetuskan protes besar-besaran apabila ramai yang tidak bersetuju pemerintahan ‘satu negara dua sistem’ disatukan. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

CONTINUE READING

India Mahu Wujudkan Komuniti Tanpa Islam Dan Ini Yang Anda Perlu Tahu Tentang Nasib Muslim Di India 5

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here