Home All Isu Semasa Imigresen Malaysia ‘Usir’ Balik PATI Warga Myanmar Dengan 2 Penerbangan

Imigresen Malaysia ‘Usir’ Balik PATI Warga Myanmar Dengan 2 Penerbangan

3433
0

Imigresen Malaysia ‘usir’ balik PATI warga Myanmar dengan 2 penerbangan | Sejak kebelakangan ini, isu pendatang asing dilihat kembali menjadi topik utama ekoran tindakan kerajaan yang menggempur para pendatang asing tanpa izin yang berleluasa di dalam negara.

Penyerbuan tersebut dilihat lebih mudah susulan daripada langkah Perintah Kawalan Pergerakkan yang berlangsung ketika ini. Pertahanan negara juga terus memperketatkan sempadan bagi mengelakkan kemasukan pendatang tanpa izin.

Hantar PATI balik ke negara asal

Susulan daripada beberapa siri penangkapan sebelum ini, pihak Imigresen Malaysia telah pun menghantar pulang ratusan warganegara Myammar dengan 2 penerbangan pada 11 Mei yang lalu.

PATI

Foto-foto tersebut telah dikongsikan oleh laman Facebook Friends of Imigration 2.0 dengan menunjukkan PATI duduk di lapangan terbang sambil diawasi pihak berkuasa sebelum dibawa pulang ke negara asal.

Kerjasama Malaysia-Myammar

Kerjasama antara Malaysia dan Myammar ini berjaya ‘mengusir’ pendatang tanpa izin warganegara sana seramai hampir 395 orang merangkumi lelaki, wanita serta kanak-kanak.

BACA: Aktivis Sifatkan Operasi Sasar PATI Di Jalan Masjid India Sebagai ‘Tidak Berperikemanusiaan Dan Bodoh’

Ucapan terima kasih turut ditujukan khas buat kerjasama ini kerana dapat membanteras pendatang asing tanpa permit di Malaysia.

Kita kena basmi Pendatang Tanpa Izin!

Susulan daripada perkongsian tersebut, facebook sumber telah dihujani dengan pelbagai respon daripada rakyat Malaysia. Rata-rata mereka bersetuju dengan tindakan yang diambil dan berharap agar isu PATI ini terus-terusan dapat diatasi.

Patut hantar je naik tongkang

Imigresen Malaysia ‘Usir’ Balik PATI Warga Myanmar Dengan 2 Penerbangan 1

Pastikan mereka tak kembali lagi

Imigresen Malaysia ‘Usir’ Balik PATI Warga Myanmar Dengan 2 Penerbangan 2

Sumber : Friends of imigration 2.0

Imigresen Malaysia ‘Usir’ Balik PATI Warga Myanmar Dengan 2 Penerbangan 3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here