Home All Isu Semasa ‘Imam Of Peace’ Cetus Kemarahan Netizen Malaysia Selepas Fitnah Raja Permaisuri Agong

‘Imam Of Peace’ Cetus Kemarahan Netizen Malaysia Selepas Fitnah Raja Permaisuri Agong

11539
2
‘Imam Of Peace’ Cetus Kemarahan Netizen Malaysia Selepas Fitnah Raja Permaisuri Agong

‘Imam Of Peace’ Cetus Kemarahan Netizen Malaysia Selepas Fitnah Raja Permaisuri Agong | Semalam tular di media sosial Twitter apabila seorang pengguna dari luar negara, @ImamOfPeace membuat satu ciapan berunsur fitnah dengan menggunakan gambar Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam satu ciapannya.

Dalam ciapan itu, beliau mengepilkan gambar TYDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersebelahan dengan sekeping gambar yang menunjukkan hukuman sebat sedang dilakukan.

Kiriman itu turut disertakan dengan kapsyen ” Permaisuri Malaysia, wanita hipokrit terbesar di Malaysia memasak untuk petugas barisan hadapan ketika penularan #Coronavirus ketika ini.

‘Imam Of Peace’ Cetus Kemarahan Netizen Malaysia Selepas Fitnah Raja Permaisuri Agong

“Dia akan memegang sudu untuk kamera tetapi tidak akan mengatakan sepatah perkataan mengenai wanita Malaysia dan golongan gay di sana disebat, dipenjarakan dan dibunuh di bawah undang-undang syariah,” tulisnya.

Ciapan berunsur celupar itu sudah semestinya tidak dapat diterima oleh netizen-netizen Malaysia yang menganggap perbuatan itu sebagai tidak bermoral dan biadap.

Netizen Malaysia Serbu Kecam Imam Of Peace

Bukan sahaja gambar wanita yang disebat itu bukan daripada Malaysia, malah tuduhan yang dibuat Imam palsu itu adalah tidak benar sama sekali menurut netizen yang meninggalkan komen di ciapan tersebut.

‘Imam Of Peace’ Cetus Kemarahan Netizen Malaysia Selepas Fitnah Raja Permaisuri Agong

Mereka juga berpendapat gambar wanita yang sedang menerima hukuman itu sebenarnya berasal daripada Indonesia dan bukannya berlaku di Malaysia seperti didakwa.

Manakala artikel yang dikepilkan imam itu pula dikatakan sudah berusia empat tahun dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Permaisuri Agong.

Dakwaan yang tidak berasas dan palsu itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen Malaysia yang kemudiannya turut menggesa agar akaun Twitter itu dilaporkan kerana menyebarkan berita palsu.

Bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, kiriman itu dilihat masih belum diturunkan walaupun mendapat tekanan daripada netizen-netizen Malaysia yang sudah pun menjelaskan perkara sebenar.

Bukan itu sahaja, beliau juga diihat tidak melakukan sebarang permohonan maaf dan memberi respons kepada netizen Malaysia yang meninggalkan komen kepada beliau di kiriman tersebut.

Baca Selanjutnya

‘Imam Of Peace’ Cetus Kemarahan Netizen Malaysia Selepas Fitnah Raja Permaisuri Agong 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here