Home All Isu Semasa Iklan Tidak Menepati Gambaran Sebenar Barang Atau Perkhidmatan Boleh Diambil Tindakan –...

Iklan Tidak Menepati Gambaran Sebenar Barang Atau Perkhidmatan Boleh Diambil Tindakan – KPDNHEP

824
0
Iklan Tidak Menepati Gambaran Sebenar Barang Atau Perkhidmatan Boleh Diambil Tindakan – KPDNHEP

Iklan Tidak Menepati Gambaran Sebenar Barang Atau Perkhidmatan Boleh Diambil Tindakan – KPDNHEP | Biasanya kita membeli produk tidak kira makanan atau keperluan harian yang lain disebabkan iklan yang dipamerkan memang menarik perhatian. Betul tak?

Namun selalunya produk yang kita beli tu kadang kala sangat menghampakan, memanglah tertulis gambar hanya sekadar ilustrasi tetapi dah jadi ilusi tidak nyata pula bila Indah khabar dari rupa!

Mesti korang pernah rasa menyesal sebab tertipu dengan iklan. Ye lah mana tak nyadalam iklan punyalah menarik, besar, mengiurkan, tapi bila dah beli. Hmmm..

iklan

Namun baru-baru ini menerusi Facebook rasmi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), memberi amaran bahawa pengiklan tidak dibenarkan membuat gambaran yang diperbesar-besarkan atau melampau dan iklan yang tidak menepati gambaran sebenar barang atau perkhidmatan.

Jelas KPDNHEP, antara contoh iklan yang keterlaluan sehingga mengelirukan pengguna adalah seperti iklan makanan burger yang tidak sama seperti realiti ketika dibeli.

Ini kerana burger yang digambarkan di dalam iklan mempunyai saiz dua kali ganda lebih besar dengan daging yang tebal, sedangkan burger sebenar yang dijual di kedai adalah kecil dan nipis.

KPDNHEP boleh mengambil tindakan terhadap iklan-iklan yang mengelirukan, memperdaya atau membuat representasi palsu dan amalan tak saksama di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011.

BACA JUGA: Antara 10 Poster Iklan Klasik Yang Membawa Anda Mengimbau Kenangan Lalu

Iklan Tidak Menepati Gambaran Sebenar Barang Atau Perkhidmatan Boleh Diambil Tindakan – KPDNHEP 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here