Home All Isu Semasa Selalu Berlaku Dalam Iklan Pekerjaan, Lelaki Ini Mahu Majikan Mansuhkan Syarat Ini

Selalu Berlaku Dalam Iklan Pekerjaan, Lelaki Ini Mahu Majikan Mansuhkan Syarat Ini

3493
0
majikan

Selalu Berlaku Dalam Iklan Pekerjaan, Lelaki Ini Mahu Majikan Mansuhkan Syarat Ini | Hujung minggu lalu berlangsungnya acara Comic Fiesta 2019 di Kuala Lumpur yang mengumpulkan peminat komik, manga dan anime dari seluruh negara. Rata-rata yang menghadiri acara ini menyarungkan persalinan daripada siri komik yang mereka minati.

Namun, lelaki ini tiba-tiba tular apabila ‘kostum’ yang dipakainya meraih perhatian netizen terutamanya di Twitter. Gambar ini sudah pun meraih lebih 36,000 retweets di mana mesej yang dibawa lelaki ini sangat tepat dengan situasi yang berlaku pada hari ini.

pekerjaan

Selepas membuat sedikit pencarian, individu berkenaan dikenali sebagai Shere Khan. Dalam temu bual bersama Shere, beliau berkata ia bukan sekadar troll tetapi lebih kepada menceritakan realiti mencari pekerjaan sepertinya pada ketika ini.

Bukan Sekadar Suka-Suka, Realiti Mencari Pekerjaan Sekarang

Sign yang saya pakai tempoh hari bukan sekadar suka-suka. Saya cuma mahu berkongsi dengan orang ramai realiti sebenar pencari kerja seperti saya yang ramai tidak tahu. Jika anda tidak percaya, anda boleh buka mana-mana laman mencari pekerjaan,” kata Shere.

“Disebabkan gambar saya ini sudah viral, harap mesejnya sampai. Kita pun sudah hampir tahun 2020. Saya kecewa diskriminasi seperti ini masih wujud. Sepatutnya seseorang individu itu dinilai berdasarkan merit, skil bekerja dan bakat; bukan hanya bergantung kepada warna kulit sahaja,” tambah Shere.

Adakah anda pernah mempunyai pengalaman semasa mencari pekerjaan yang sama seperti Shere? Jika ya, anda boleh berkongsi tentangnya di ruangan komen.

Selalu Berlaku Dalam Iklan Pekerjaan, Lelaki Ini Mahu Majikan Mansuhkan Syarat Ini 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here