Home All Isu Semasa IKEA Malaysia Memulakan Perkhidmatan Penghantaran Tanpa Sentuhan Dalam Tempoh PKP

IKEA Malaysia Memulakan Perkhidmatan Penghantaran Tanpa Sentuhan Dalam Tempoh PKP

1350
0
IKEA Malaysia Memulakan Perkhidmatan Penghantaran Tanpa Sentuhan Dalam Tempoh PKP

Berita baik kepada semua rakyat Malaysia, kini IKEA Malaysia mengumumkan akan memulakan semula perkhidmatan penghantaran ke setiap rumah. Kelulusan perkhidmatan ini telah mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa.

Memandangkan kita akan menyambut hari raya tidak lama lagi, bolehlah mula menghiasi kediaman masing-masing. Bagi anda yang memerlukan perabot tambahan pula, lebih-lebih lagi ketika work from home, inilah peluang yang perlu direbut.

Menurut IKEA, mereka akan mengutamakan penghantaran bagi pesanan yang telah dibuat sebelum 27 April. Slot terawal juga telah tersedia dalam 72 jam akan datang.

IKEA Malaysia

Walau bagaimanapun, perkhidmatan pemasangan tidak akan dilakukan oleh IKEA kerana masih tertakluk di bawah arahan PKP.

Buat masa ini, IKEA hanya akan menawarkan perkhidmatan penghantaran tanpa sentuhan kepada semua pelanggan yang membuat tempahan.

BACA: Ini Sebab Barang Pos Laju Lambat Sampai Semasa PKP

Berdasarkan garis panduan penghantaran yang telah dikeluarkan, kesemua pekerja wajib memeriksa suhu badan di gudang terlebih dahulu sebelum memulakan tugas. Pemandu dan pekerja penghantaran mesti memakai sanitizer, topeng muka dan sarung tangan pada setiap masa.

Pekerja akan meletakkan barang yang dipesan di kawasan yang hanya telah disahkan oleh pelanggan.

Untuk makluman, ruang pameran dan ruang jualan IKEA Malaysia masih ditutup kecuali restorannya yang dibuka untuk servis bawa pulang dan penghantaran.

Pembelian perabot dan kelengkapan yang disediakan IKEA Malaysia boleh didapati menerusi dalam talian sahaja. Pelan ansuran pembayaran mudah juga tersedia untuk tempoh 6 hingga 24 bulan untuk pengguna kad Maybank.

Sekiranya pelanggan masih memerlukan bantuan perancangan perabot daripada IKEA, jangan risau, sokongan perancangan jarak jauh turut disediakan. Pelanggan yang berminat boleh menggunakan khidmat perancangan IKEA disini.

Caj penghantaran bergantung kepada lokasi kediaman pelanggan. Penghantaran ke Zon A akan dikenakan caj sebanyak RM98 dan Zon C sebanyak RM258. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan caj penghantaran, boleh lihat disini

IKEA turut menawarkan diskaun istimewa bulan Ramadhan sebanyak 15 peratus untuk pelanggan yang menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan menerusi aplikasi Bungkusit.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan penghantaran IKEA, anda boleh melayari laman web IKEA Malaysia. Bolehlah mula menghias kediaman anda untuk raya nanti tetapi pastikan untuk kekal berada di dalam rumah selama tempoh PKP masih berkuatkuasa.

Sumber 

Baca Selanjutnya

IKEA Malaysia Memulakan Perkhidmatan Penghantaran Tanpa Sentuhan Dalam Tempoh PKP 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here