Home Pengetahuan Ikan Hiasan Mampu Memberi Terapi Ketenangan, Ini 6 Senarai Ikan Yang Sesuai...

Ikan Hiasan Mampu Memberi Terapi Ketenangan, Ini 6 Senarai Ikan Yang Sesuai Dibela!

1222
0
Ikan Hiasan Mampu Memberi Terapi Ketenangan, Ini 6 Senarai Ikan Yang Sesuai Dibela!

Ikan Hiasan Mampu Memberi Terapi Ketenangan, Ini 6 Senarai Ikan Yang Sesuai Dibela! | Gerakan gemalai ikan dalam akuarium di rumah boleh memberi ketenangan kepada pemiliknya. Malah, akuarium juga menjadi aksesori yang boleh menaikkan keunikan dalam penataan ruang kediaman.

Spesies ikan yang cantik sentiasa menjadi pilihan pencintanya selain menghias indah akuarium dengan pelbagai hiasan termasuk lampu berwarna-warni.

Ikan hiasan ini mampu memberi terapi khususnya pemilik atau penghuni yang baru saja pulang dari kerja.

Disenaraikan jenis ikan hiasan air tawar dan air masin (laut) yang dianggap cantik serta menjadi pilihan peminat ikan hiasan.

1. Arowana

Selain digelar ikan kelisa, ia juga dikenali sebagai ‘ikan naga.’ Memiliki sisik yang berkilau dan bentuk badan menarik membuatkan ramai pencinta ikan hiasan terpesona dengannya. Spesies ini cukup popular dan diketahui antara ikan hiasan paling mahal di dunia.

2. Lou han

Ikan lou han atau istilah Inggeris iaitu flowerhorn adalah spesies ikan air tawar dan dikatakan pertama kali muncul di negara ini sekitar 1996. Keunikan ikan ini ialah pada benjolan di kepala dan warna sisik menjadikan ia antara ikan hiasan terkenal yang dipelihara dalam akuarium. Antara jenis ikan berkenaan ialah coronation link, turnado effect, perfect harmony dan unique track.

3. Discus

Ikan berbadan pipih ini dikatakan berasal dari Sungai Amazon di Amerika Selatan. Sisik ikan discus biasanya memiliki corak berwarna hijau, merah, perang dan biru.

Ikan Hiasan Mampu Memberi Terapi Ketenangan, Ini 6 Senarai Ikan Yang Sesuai Dibela! 1

BACA JUGA : Masing-Masing Ada Cara Tersendiri Reward Diri Tak Perlu Mengata!

4. Gapi

Bersaiz kecil antara dua hingga tujuh sentimeter, tetapi ikan ini memiliki warna yang menarik dan sentiasa menjadi pilihan pencinta ikan hiasan. Ikan yang berasal dari Brazil, Guyana, Venezuela dan Kepulauan Caribbean itu mula diperkenalkan di negara Asia bagi tujuan pengawalan nyamuk terutamanya denggi. Antara baka gapi bergred tinggi dari luar negara termasuk red tuxedo koi dan albino full red crown tail.

5. Angelfish

Ikan Hiasan Mampu Memberi Terapi Ketenangan, Ini 6 Senarai Ikan Yang Sesuai Dibela! 2Antara spesies ikan hiasan yang popular dan agak sukar dijaga kerana sensitif terhadap perubahan suhu air serta kualiti. Ikan ini boleh bertukar menjadi agresif jika ruang akuarium sempit dan lebih sesuai tidak bercampur dengan ikan lain dalam satu akuarium.

6. Ikan Laga

Boleh dikatakan ramai antara kita sekurang-kurangnya bagi budak lelaki pernah memelihara ikan Laga ini semasa kecil.

DALAM kelembutan, si ikan laga dengan ‘sombongnya’ mempamerkan kecantikan kombinasi warna, bukaan sirip dorsal, sirip kaudal dan sirip anal sesama sendiri.

Ketenangan. Itu perasaan yang penulis rasakan apabila menyaksikan aksi gemalai ikan laga, ‘betta fish’ atau nama saintifiknya, Betta splendens, sememangnya pilihan popular masyarakat sebagai ikan hiasan di rumah.

Antara spesies ikan laga yang istimewa dan sering diangkat dalam pertandingan hingga ke peringkat antarabangsa termasuk halfmoon single tail, halfmoon double tails, halfmoon plakat dan crowntails.

Ikan Hiasan Mampu Memberi Terapi Ketenangan, Ini 6 Senarai Ikan Yang Sesuai Dibela! 3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here