Home All Isu Semasa Majoriti Kes Dari Ijtimak Tabligh, 15 March Mencatatkan 190 Kes Baharu COVID-19...

Majoriti Kes Dari Ijtimak Tabligh, 15 March Mencatatkan 190 Kes Baharu COVID-19 Tertinggi.

1996
1
ijtimak tabligh

Sebanyak 190 kes baharu positif jangkitan coronavirus COVID-19 dicatatkan setakat jam 12 tengah hari tadi, kebanyakannya berkait ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling, menjadikan jumlah kes positif wabak itu kepada 428 kes.

Berdasarkan siasatan awal Kementerian Kesihatan, kebanyakan kesan baharu berkenaan adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan atau Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling yang dianjurkan pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata penyiasatan dan pengesanan peserta perhimpunan atau Ijtimak Tabligh masih giat diteruskan dan individu yang menghadiri program berkenaan diminta menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk tindakan selanjutnya.

Majoriti Kes Dari Ijtimak Tabligh, 15 March Mencatatkan 190 Kes Baharu COVID-19 Tertinggi. 1

Peserta Ijtimak Tabligh Digesa Membuat Ujian Secepat Mungkin

“Peserta perhimpunan atau Ijtimak Tabligh akan diletakkan mengikut perintah pengawasan dan pemerhatian Seksyen 15(1), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 untuk tempoh 14 hari dari tarikh akhir menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling atau kontak rapat kepada kes positif COVID-19 mengikut mana yang terkemudian.

“Begitu juga untuk kontak rapat kepada kes positif COVID-19, PUI (pesakit dalam siasatan) yang tidak mematuhi kriteria kemasukan ke hospital, mereka juga perlu diletakkan bawah perintah pengawasan dan pemerhatian mengikut ketentuan di bawah akta sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan peningkatan mendadak hampir lima kali ganda terhadap kadar jangkitan positif COVID-19, Dr Adham menjelaskan, semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Pejabat Kesihatan Daerah menjalankan aktiviti berkaitan bagi mengawal penularan wabak berkenaan dalam kalangan jemaah tabligh dan kes disyaki.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak memberikan kerjasama kepada kementerian dalam membendung penularan wabak COVID-19 dengan mengikuti nasihat rasmi yang dikeluarkan.

“Rakyat Malaysia diminta tidak menyebarkan maklumat yang boleh menyebabkan kebimbangan kepada orang awam.

“Kementerian Kesihatan akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui maklumat yang diperoleh dan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Mengulas status terkini, Dr Adham berkata, sembilan kes positif COVID-19 sehingga kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Tujuh kes disahkan positif COVID-19 sebelum ini pulih dan dibenarkan keluar dari wad Hospital Sungai Buloh. Ini menjadikan 42 kes pulih sepenuhnya setakat ini daripada COVID-19 dan dibenarkan pulang,” katanya.

Majoriti Kes Dari Ijtimak Tabligh, 15 March Mencatatkan 190 Kes Baharu COVID-19 Tertinggi. 2

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here