Home All Isu Semasa Ihsan Pada Anjing Liar Kebuluran, Pemuda Kasi Makan Dengan Tangan Bersarung Plastik

Ihsan Pada Anjing Liar Kebuluran, Pemuda Kasi Makan Dengan Tangan Bersarung Plastik

2447
0
Ihsan Pada Anjing Liar Kebuluran, Pemuda Kasi Makan Dengan Tangan Bersarung Plastik

Ihsan Pada Anjing Liar Kebuluran, Pemuda Kasi Makan Dengan Tangan Bersarung Plastik | Perintah Kawalan Pergerakan bukan sahaja membataskan pergerakan serta aktiviti seharian manusia, malah hidupan liar turut terjejas dengan penguatkuasaannya.

Banyak kisah dan kejadian yang memaparkan haiwan-haiwan jalanan kebuluran akibat tiada sumber makanan.

Selalunya haiwan jalanan ini memdapatkan makanan hasil ihsan pencinta haiwan dan juga kedai-kedai makan. Namun, dek kerana kekangan yang melanda, haiwan-haiwan jalanan kini dibiarkan terkontang kanting mencari makanan. Lebih menyedihkan, ada sebahagiannya dilaporkan mati mereput kerana kelaparan.

BACA: Anjing Jiran Saya Tidak Bermaya, Rupanya Dia Terkandas Di Singapura, Saya Beri Anjing Dia Makan, Kalau Tuannya Rindu Saya Buat Video Call

Di Facebook, seorang pengguna yang dikenali sebagai Yusrizal Yus, memuat naik sebuah video memaparkan dirinya memberi makan terhadap dua ekor anjing yang terbiar.

anjing liar

Lebih mengagumkan, pemuda ini seolah-olah tidak takut dan begitu mesra mendekati anjing-anjing terbabit. Tangan berlapikkan sarung tangan plastik, pemuda tersebut dilihat tidak kekok untuk memeriksa kondisi dua ekor anjing liar berkenaan.

Anak-anak nak ngadu apa tak tahu..semua manja2 dah..kamu semua jaga diri tau sayang,jangan main atas jalan..insyaallah ada peluang aku mai lagi..🐶

Posted by Yusrizal Yus on Friday, April 17, 2020

Disebabkan perlakuan murni pemuda ini, ramai persatuan pencinta haiwan mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sanggup memberikan makanan buat anjing-anjing jalanan.

TIDAK RAMAI KISAHKAN ANJING LIAR

anjing liar

Malah dia juga diberikan pujian kerana tetap mempunyai ihsan terhadap anjing-anjing tersebut dan tidak mempedulikan kata-kata orang sekeliling.

Sumber: Facebook.

Baca Selanjutnya

Ihsan Pada Anjing Liar Kebuluran, Pemuda Kasi Makan Dengan Tangan Bersarung Plastik 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here