Home All Isu Semasa Ibu Safawi Pesan Laksanakan Impian Dulu Sebelum Fikir Soal Kahwin

Ibu Safawi Pesan Laksanakan Impian Dulu Sebelum Fikir Soal Kahwin

2730
1
safawi

Isu pemain bola Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid masih lagi hangat diperkatakan netizen sehingga teman wanita pemain tersebut, Syifa Melvin turut terkena tempias.

Menerusi Harian Metro, ibu kepada Safawi respon terhadap hubungan mereka berdua dan berharap agar Safawi teruskan fokus kepada kerjaya dan cita-cita terlebih dahulu sebelum kahwin.

Tak memilih calon menantu

Menurut ibu Safawi yang kenali sebagai Salemeh, dia merasakan anaknya masih muda untuk berkahwin dan menjadi ketua keluarga di usia 23 tahun.

Kalau boleh mak cik nak pasangan Awi lebih muda daripadanya. Mak cik tak memilih calon menantu, kalau boleh nak menantu yang ramah, kecoh-kecoh sikit atau miskin tak apa janji kaya budi bahasa dan boleh diterima ahli keluarga kami.

Awi janji nak besarkan pusat mengaji al-Quran yang didirikan di Rantau Abang dan membina rumah orang tua. Sebaiknya dia laksanakan impiannya dulu baru fikir soal kahwin. Bagaimanapun, saya tidak mampu menolak dan berserah kerana soal jodoh, ajal, maut itu semua terletak di tangan Allah.

Pada masa sama, dia juga berharap agar Safawi melunaskan impiannya termasuk menyara dua lagi adiknya yang masih sekolah.

Awi masih muda

Ibu Safawi Pesan Laksanakan Impian Dulu Sebelum Fikir Soal Kahwin 1

Sementara itu, bapa Safawi turut menyedari prestasi anaknya sedikit merosot kebelakangan ini, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia berpunca daripada Syifa atau sebaliknya. Jika perkara itu benar, dia berharap agar Syifa tidak memberi sebarang tekanan kepada anaknya itu.

Lupa dulu soal jodoh, Awi masih muda kumpul duit main bola, kita tak tahu kerjaya akan bertahan sampai bila.

Saya tak mahu dia jadi seperti saya, kehidupan saya dan isteri sangat susah membesarkan 13 anak dengan gaji RM350 sebagai penjawat awam.

Tambah bapanya lagi, jika perkara yang diperkatakan itu adalah benar,  dia berharap agar Syifa tidak memberi sebarang tekanan kepada anaknya itu.

Kita susah tiada orang sudi bantu – Bapa Safawi

Saya terpaksa buat kerja sambilan, Awi tahu kerana saya selalu mengajaknya membantu, sebab itu saya selalu berpesan padanya ‘kita susah tak akan ada orang yang sudi bantu.

Pada masa sama, dia meminta Safawi fokus dalam kerjaya dengan menaikkan nama majikan iaitu JDT dan negara. Mengakhiri perbualan itu, dia berpesan agar memberi fokus kepada kerjaya terlebih dahulu.

Sumber : Harian Metro

Ibu Safawi Pesan Laksanakan Impian Dulu Sebelum Fikir Soal Kahwin 2

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here