Home All Isu Semasa Ibu Balqis Tolak Bantuan SENIMAN & Lembaga Zakat Selangor, Dakwa Ramai Lagi...

Ibu Balqis Tolak Bantuan SENIMAN & Lembaga Zakat Selangor, Dakwa Ramai Lagi Yang Layak

3761
1
balqis

Sejak kisah kehidupannya dikongsikan di program Bersamamu, Puteri Balqis kini menjadi tumpuan ramai kerana masyarakat bersimpati dengan nasib dan dugaan yang harus ditempuhi oleh dirinya. Selain masyarakat, selebriti dan penerbit, beberapa pihak seperti Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) tidak lepas tangan dan segera menghulurkan bantuan kepada Balqis.

Menerusi laporan Harian Metro, ibu kepada pelakon cilik tersebut iaitu Norashikin Mohd Aziz, menolak bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang ingin diusahakan Persatuan Seniman.

Ramai lagi yang layak selain Balqis

balqis

Menurut Norashikin ibu kepada puteri Balqis, mereka akan menolak bantuan rumah yang ditawarkan oleh pihak Seniman kerana ramai masyarakat yang hidup susah di luar sana lebih layak menerima bantuan tersebut.

Saya berterima kasih atas usaha yang cuba dibuat Seniman. Sebenarnya saya berat hati nak terima. Jadi, saya menolaknya. Bagi saya, ramai lagi lebih layak untuk terima. Sampai bila orang nak bantu kami? Sampai satu tahap nanti orang pun akan bosan nak bantu.

Dalam masa sama, saya tidak mahu terhutang budi dengan sesiapa. Bayangkan kalau suatu hari nanti ada pihak pertikai dan ungkit semua yang dibantu. Saya takut semua itu berlaku. Jadi, lebih baik saya berusaha sendiri. Insya-Allah, dengan kudrat yang masih ada dengan menjual buku, saya dan Aqish (Balqis) masih boleh hidup bersama dan jalani kehidupan seadanya.

Selain menolak bantuan yang dihulurkan oleh pihak seniman, mereka turut menolak bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang mahu menampung bayaran rumah sewa mereka. Menurutnya, pihak zakat juga ingin memberi bantuan RM300 sebulan dan hal itu membuatkan mereka serba salah.

Masih menjual buku puisi

balqis

Aktiviti Menjual Buku Puisi 38 Poems of Puteri Balqis Masih Diteruskan

Setakat ini, mereka masih meneruskan aktiviti menjual buku puisi 38 Poems of Puteri Balqis dan melakukan penghantaran secara kiriman pos buat mereka yang lakukan pesanan. Mereka perlu menghabiskan 1,000 naskhah yang sudah dicetak.

Saya buat kerja seorang diri. Setiap hari saya perlu uruskan penghantaran buku. Kalau ada yang nak COD, saya kena pergi hantar pula. Memang ada banyak panggilan dan mesej masuk. Saya minta maaf kalau tidak sempat nak balas satu persatu. Saya perlu selesaikan dulu urusan buku ini. Saya takut jika terlepas pandang bagi yang sudah buat pembayaran. Saya pernah tidak tidur dua hari sebab nak periksa satu persatu mesej orang yang beli buku. Begitu juga kalau ada yang memberi sumbangan, saya tetap nak kirim buku pada mereka.

Sebagai permulaan kami mencetak sebanyak 1,000 naskhah. Nak jual 30 pun susah, inikan pula 100. Tapi, selepas kisah Aqish keluar di Harian Metro dan program Bersamamu, ramai yang buat pesanan nak beli. Insya-Allah, kalau sudah habis kami akan keluarkan edisi Bahasa Melayu pula sebab ramai yang tunggu dan bertanya.

Terdahulu, Presiden Seniman, Zed Zaidi memberitahu bahawa mereka masih dalam perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Nadzri untuk mencari jalan penyelesaian terbaik bagi membantu Balqis dan ibunya.

Sumber: Harian Metro 

Ibu Balqis Tolak Bantuan SENIMAN & Lembaga Zakat Selangor, Dakwa Ramai Lagi Yang Layak 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here