Home All Isu Semasa Hukuman Mati Bagi Pemandu Mabuk Yang Menyebabkan Kematian – Mufti Perlis

Hukuman Mati Bagi Pemandu Mabuk Yang Menyebabkan Kematian – Mufti Perlis

2379
2
Hukuman mati bagi pemabuk yang menyebabkan kematian – Mufti Perlis

Hukuman Mati Bagi Pemandu Mabuk Yang Menyebabkan Kematian – Mufti Perlis | Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin menggesa pihak kerajaan mengenakan hukuman berat terhadap kesalahan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk.

Beliau berkata, arak telah banyak memusnahkan nyawa dan harta selain menyebabkan kecederaan serta kematian anggota ‘terpenting’ negara yang sedang bertugas demi menjaga keselamatan awam.

“Satu hukuman yang teramat berat hendaklah diberikan kepada sesiapa yang menyebabkan kecederaan apatahlagi kematian anggota PDRM..

“…atau selainnya yang sedang bertugas untuk kepentingan awam di jalanraya. Arak ternyata telah memusnah banyak nyawa dan harta,” katanya.

BACA: Korban Pemandu Mabuk Meningkat, Netizen Lancar Petisyen Haramkan Jualan Arak

Beliau turut mencadangkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan perlu dikenakan terhadap pemandu yang mabuk dan telah menyebabkan kematian.

pemandu mabuk

“Pemandu mabuk yang menyebabkan kematian anggota keselamatan patut dipertimbangkan untuk hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebat.
“Tiada alasan untuk meringankan hukuman. Jika dibiarkan, nyawa insan-insan yang sedang berbakti kepada negara dengan mudah diragut oleh ‘kaki mabuk’,” ujarnya.

Terdahulu, seorang anggota polis Koperal Safwan Muhammad Ismail maut ketika bertugas di sekatan jalan raya Op Covid-19 di LEKAS arah Plaza Tol Kajang Selatan selepas dilanggar pemandu mabuk.

Sumber : Facebook

Baca Selanjutnya
Hukuman Mati Bagi Pemandu Mabuk Yang Menyebabkan Kematian – Mufti Perlis 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here