Home All Hukum Hukum Pakai Cincin Selain Jari Kelingking dan Manis, Ramai Masih Keliru Nak...

Hukum Pakai Cincin Selain Jari Kelingking dan Manis, Ramai Masih Keliru Nak Pakai Di Jari Mana!

4929
0
cincin

Hukum Pakai Cincin Selain Jari Kelingking dan Manis | Di dalam kitab-kitab hadis ada menceritakan Rasulullah SAW memakai cincin. Ada juga di dalam kitab-kitab hadis menceritakan larangan baginda terhadap pemakaian cincin pada jari-jari tertentu. Tidak ada hadis yang lebih sahih daripada hadis yang baginda larang memakai cincin pada jari hantu dan jari telunjuk.

Jadi, ulamak mengeluarkan fatwa, sunat memakai cincin pada jari manis dan jari kelingking. Tidak kira kanan atau kiri tangan. Pakai empat cincin pun tidak ada masalah, tiada hadis melarang cuma ramai ulamak berijtihad sebaik-baiknya tidak lebih daripada tiga cincin.

Boleh Ke Pakai Cincin Pada Ibu Jari?

Jika dipakai juga pada jari hantu dan jari telunjuk? Hukumnya makruh tidak berdosa. Bagaimana pula dengan ibu jari? Walaupun tidak ada larangan namun pada adatnya jarang sekali kita pakai cincin pada jari ibu. Seperti mana di dalam sebuah kisah, suatu hari ada seorang budak mari makan di masjid, Rasulullah tak memarahi pun budak tersebut.

pakai cincin

Tetapi, budak tersebut makan menggunakan tangan kiri, jadi baginda pun menegur, wahai budak makanlah dengan tangan kanan. Baginda tak kata jangan makan menggunakan kaki. Kerana pada adatnya, manusia makan menggunakan tangan. Samalah situasi ini dengan pemakaian jari pada jari ibu.

Wallahualam. Semoga keraguan mengenai hukum pemakaian cincin sudah terjelas kepada kita semua. Share juga kepada kawan-kawan agar mereka juga tahu ilmu yang berguna ini. Assalamuallaikum wbt 🙂

BACA JUGA: Bolehkah Orang Kidal Makan Dengan Tangan Kiri?

Hukum Pakai Cincin Selain Jari Kelingking dan Manis, Ramai Masih Keliru Nak Pakai Di Jari Mana! 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here