Comelnya, Hotel Di Bangi Ini Tinggalkan Nota Sweet Buat Frontliners Setiap Malam | Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, tidak dinafikan industri perhotelan negara merupakan antara sektor yang terkesan.
Dengan kemerosotan jumlah pelanggan yang datang, boleh dikatakan ini adalah tempoh sukar bagi industri perhotelan.
Bagaimanapun perkara itu tidak menghalang sebuah hotel di Bangi untuk kekal optimis dan menyebarkan mesej-mesej positif kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus melawan penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Perkara itu dikongsi oleh @ekinkacak menerusi laman Twitternya.
Hotel Tenera salah satu hotel di Bangi yang terletak di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi itu dilihat begitu kreatif menyampikan pesanan semangat buat rakyat Malaysia menerusi tingkap hotel dengan cara menyalakan lampu sehingga membentuk perkataan ringkas.
Hotel Tenera Bangi every night pic.twitter.com/pBK0Yfs4sQ
— ekinkacak (@ekinkacak) April 4, 2020
Antara mesej yang diberikan adalah “BE SAFE”, “TQ KKM”, “PADU ABG RIDER”, “LOVE POLIS” dan sebagainya.
Sehingga kini, tweet tersebut telah menerima lebih 20,000 retweet selain pujian daripada netizen terhadap mesej positif hotel tersebut.
Malah ada juga yang mencadangkan mereka akan duduk di hotel tersebut selepas putusnya rantaian COVID-19 sebagai tanda terima kasih.
Lebih manis lagi, netizen turut berkongsi beberapa foto hotel lain yang juga mengambil inisiatif sama dalam menyampaikan mesej positif kepada rakyat Malaysia.
Stay strong guys! Kita tahu petugas barisan hadapan juga turut terharu dengan mesej yang diberikan kepada mereka.
Hotel Ve and hotel invito,Bangsar south❤️ pic.twitter.com/QcxBvXdzjU
— Iepa Raihan Hamzah (@SupaEpa) April 5, 2020
This is from Pullman Kuching, so creative ❤️ pic.twitter.com/aq9de5B8GU
— Darren Koh (@dawenkoh) April 5, 2020
Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya menyokong industri pelancongan dan perniagaan tempatan selepas tamat tempoh PKP.
Buat pembaca , anda juga boleh jadi hero! Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

[…] Polis Diraja Malaysia ( PDRM ) memberi amaran kepada mana-mana pihak agak tidak terlibat dalam menjual, membeli dan menggunakan penutup hidung dan mulut atau kemeja T yang mempunyai lambang pasukan keselamatan. […]
[…] BACA: Comelnya, Hotel Di Bangi Ini Tinggalkan Nota Sweet Buat Frontliners Setiap Malam […]
[…] BACA: Comelnya, Hotel Di Bangi Ini Tinggalkan Nota Sweet Buat Frontliners Setiap Malam […]